Trending By: SGMS Faida September 4, 2018 @ 11:30am

Doktor Melecur Selepas Bilik Dibakar Pesakit Mental

Seorang lelaki berusia 30 an yang bertindak membakar bilik doktor akhirnya menimbulkan kekecohan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Ini kerana suspek yang dipercayai mengalami masalah mental menyimbah petrol sekaligus menyebabkan doktor tersebut mengalami kecederaan melecur di badan.

Menurut, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain pihaknya menerima panggilan jam 4.55 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati api berjaya dipadamkan melalui sistem ‘sprinkler’ secara automatik di bilik berkenaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat doktor dan pembantunya di dalam bilik berkenaan.

” Hanya 50 peratus dalam bilik yang terbakar. Kami dimaklumkan ada cubaan membakar dari suspek dengan menyimbah minyak dalam bilik doktor.

“Suspek bagaimanapun berjaya membakar dan menyebabkan kebakaran dalam bilik. Apabila kebakaran tercetus, ia kena pada sistem sprinkler, dan api dipadamkan dengan serta merta,” katanya.

Difahamkan doktor dan pembantunya mengalami kecederaan selepas bergelut dengan suspek ketika cuba menghalang tindakan lelaki itu yang mahu membakar bilik berkenaan.

Doktor lelaki berusia 50-an melecur kira-kira 30 peratus pada badan, manakala jururawat berusia 30-an melecur lima peratus di bahagian muka dan badan.

Tiga jururawat yang lain masing-masing cedera ringan pada jari, dan suspek turut mengalami kecederaan di tangan dan dada.

Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sudah menahan suspek dan masih menyiasat sama ada dia mempunyai masalah mental atau sebaliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri. “Kita sebagai […]

Trending Thu, 23 Nov 2023

Jom Support Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 25 Nov Ni Dengan Memakai Warna Oren!

Wanita adalah insan istimewa yang memainkan peranan penting dalam masyarakat. Mereka lah ibu tercinta, saudara perempuan, pasangan dan kawan kita. Oleh itu, mereka harus disayangi, dihormati dan dilindungi daripada keganasan, kesakitan dan penghinaan. Pada 25 November […]

Trending Mon, 13 Aug 2018

女探险修道院!照片惊见「他」站窗边

农历7月鬼门开,不只在东方,连西方的「阿飘」也出来放风?

Hiburan Wed, 25 Oct 2023