Trending By: Salma Syahbuddin May 18, 2020 @ 10:56am

Dr Noor Hisham Bimbang, Tindakan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Undang Padah

Sehingga hari ini, sebanyak 971 kes positif Covid-19 atau 14.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 6, 894 kes yang direkodkan mempunyai sejarah merentas negeri.

Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan masyarakat bahawa tindakan merentas negeri untuk sambutan Aidilfitri boleh mengundang padah.

” Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Malah, 10 daripada kluster-kluster itu adalah masih aktif,” Katanya.

Tambahnya lagi, kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, lebih-lebih lagi sekiranya masyarakat masih gagal mematuhi arahan PKPB.

Ini kerana, tempoh perayaan ini mungkin menjadi penyebab utama penularan jangkitan Covid-19 di kawasan yang mempunyai status zon hijau.

Noor Hisham memaklumkan pihaknya khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Mar 2021

Perjalanan Dari Kuala Lumpur, Selangor Ke Putrajaya Perlu Surat Kebenaran Polis

Jangan keliru gaissss, nanti tak pasal-pasal kena saman!

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Featured Sun, 19 Dec 2021

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat (ADS2021) telah berlangsung malam tadi untuk meraikan drama hasil kerja anak seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Hos bagi anugerah ini pada malam tadi merupakan gandingan Ain Edruce bersama Nabila […]

Trending Tue, 28 Apr 2020
Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Thu, 18 May 2023