Trending By: SGMS Enal May 13, 2018 @ 5:49pm

Dulu Jutawan Mewah Sekarang Tinggal Di Pondok Tanpa Elektrik

Seorang lelaki yang pernah bergelar jutawan suatu ketika dahulu kini terpaksa akur dengan meneruskan hidupnya di sebuah pulau terpencil selepas dirinya diisytiharkan muflis 20 tahun lalu.

David Glasheen, 73, yang berasal dari Sydney North Shore, Australia membuat keputusan untuk membawa diri tinggal bersendirian di sebuah pulau terpencil di Restroration Island  bagi menghabiskan sisa hidupnya akibat terlalu kecewa dan tertekan kerana kehilangan kekayaannya sekelip mata.

Hidup bersendirian di pulau itu tanpa sebarang bekalan air dan elektrik ternyata membuatkan David lebih bahagia berbanding sebelumnya.

“Saya dapat kebenaran menyewa pulau ini bagi tempoh 50 tahun dan membuat keputusan untuk terus menetap di pulau ini walaupun serba-serbi kekurangan,” ujarnya.

Dia juga mengambil upah sebagai pemandu pelancong di sekitar pulau tersebut untuk menampung keperluan hariannya.

Jelasnya, upah yang diperolehnya tidak banyak tetapi cukup sekadar menampung keperluan sehari-harinya di pulau itu.

Terdahulu, David dipercayai kehilangan AS10 juta miliknya akibat krisis kewangan dunia yang berlaku pada 1987 sehingga menyebabkan dirinya diisytihar muflis dan lebih menyedihkan apabila dia tinggalkan isterinya.

Sumber- Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Apr 2021

Boleh Rentas Negeri, Daerah Jika Terima Dua Dos Vaksin

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa mana mana rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin suntikan COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah. Malah, mereka turut dibenarkan melakukan perjalanan ke […]

Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Sang Dewi Versi Misha Omar Buat Ramai ‘Galau’ – “Merintih! Nak Full Cover Please”

Hujan hujan ni bertambah galau min dengar Kak Mitch nyanyi lagu Sang Dewi 🥲🥲

Hiburan Fri, 20 Oct 2023
Featured Mon, 7 Aug 2023
Trending Mon, 15 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Remaja Berusia 20 Tahun Ini Tinggal Dibawah Jambatan?

Bila kita banyak mengucapkan syukur, barulah hati kita tenang tak gitu???

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Trending Tue, 13 Aug 2019