Trending By: SGMS Enal March 17, 2019 @ 9:54am

Egg Boy Digelar Hero Kerana Baling Telur Ke Arah Senator Anning

Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun membaling telur ke arah Senator, Anning, yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ terhadap insiden di Christchurch, New Zealand mendapat pelbagai respon dari ramai pihak. Malah tindakan itu juga menjadi antara topik utama di akhbar-akhbar antarabangsa.

Will Connoly – yang sekarang digelar EggBoy oleh media – datang memecahkan telur di kepala Anning ketika Senator itu menjawab soalan-soalan dari media. Tindakan dari Connoly itu terakam di kamera media disamping dia juga merakam perbuatan tersebut. Connoly kemudian diasak oleh beberapa individu berhampiran.

Selepas insiden tersebut, Instagram anak muda berkenaan dihujani pengikut dan kini sudah mempunyai pengikut melebihi 100,000 orang dalam masa beberapa jam sahaja. Melihat kepada akaun Instagram Connoly yang menggunakan username willconnoly__, tiada apa yang boleh mejelaskan motif pemuda berkenaan. Setakat ini masih belum jelas motif lelaki berkenaan namun apa yang pasti Connoly menerima beratus-ratus kata semangat dari orang ramai, lapor Heavy.com.

Dalam masa yang sama, hashtag #eggboy juga menjadi trending di Twitter.

Malah, satu artikel di Wikipedia turut diwujudkan untuk merekod peristiwa membaling telur itu. Artikel berkenaan bertajuk “Egg Throwing Incident (2019)“. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada artikel berikut akan bertahan lama susulan terdapat amaran di Wikipedia susulan artikel terbabit tidak menepati syarat laman terbabit.

Dalam respon kepada insiden itu, Connoly memuat naik satu video dengan berkata “Jangan baling telur kepada ahli politik, kamu akan di-tackle oleh 30 orang dalam masa yang sama. Saya belajarnya dengan cara yang ‘susah’”.

sumber: medianite.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Trending Fri, 9 Aug 2019

Viral Gambar Ikan Gergasi Dijumpai Mati Di Sabah

Dipercayai Spesis Berasal Dari Amazon

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

error: Content is protected !!