Categories: Trending

Elon Musk Manusia Terkaya Dunia

Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk menjadi individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih US$188 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.


Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih US$ 150 bilion.


Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar US, menurut laporan SEC.

Sumber: Bernama

Kredit foto: Getty images

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”