Trending By: SGMS Faida June 9, 2018 @ 9:13am

Epik! Lelaki Ini Bakal Berenang Dari Jepun ke Amerika Syarikat

Ini baru dipanggil renangan epik! Seorang lelaki warganegara Perancis akan berenang secara solo sejauh 8,851 kilometer dari pelabuhan Choshi di sini ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ini.

Ben Lecomte bakal memulakan renangan yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya lebih enam bulan dengan pelbagai cabaran seperti ombak besar dan serangan jerung.

Lelaki berusia 51 tahun ini akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

“Saya akan berenang lapan jam sehari dan selebihnya saya akan berehat, tidur dan makan di atas bot pasukan sokongan itu, Discoverer,” katanya yang akan memakai sut renang dilengkapi dengan sirip.

Dia yang pernah merentasi Lautan Atlantik secara solo pada tahun 1998 pernah berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan melakukan sebarang renangan selepas memiliki keluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Detik Awal Berkenalan Dengan Sari Yanti, Ramai Puji Sikap Jep Sepahtu – “Jarang Jumpa Lelaki Tak Nervous…”

Umum mengetahui, pasangan suami isteri, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering mencuri perhatian ramai dengan momen romantis dan mesra mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di aplikasi TikTok yang memaparkan Jep menceritakan momen-momen di awal […]

Hiburan Fri, 29 Apr 2022

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Min pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau dik 🤣🤣🤣

Featured Fri, 15 May 2020
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Bagi Masa Untuk….” – Ini Reaksi DSV Apabila Cik B Potong Rambut Persis Lelaki

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B mencuri perhatian ramai kerana rambutnya persis seorang lelaki. Menerusi platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 17, berkongsi […]