Trending By: Padin November 7, 2021 @ 5:26am

Episod Pertama Lagu Cinta Kita 3 Raih 3 Juta Penonton!

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) telah membuka tirai dengan episod pertama pada 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen).

Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan persembahan lagu ‘Tentang Kita’ daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.

Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas pertama LCK3.

Namun begitu, Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay & Ika (Terlukis Indah), Hariz & Wanie (Senja Nan Merah) dan Azumi & Nyna (Memori Berkasih).

Manakala perjalanan Shaszdan & Xantia (Leave The Door Open) dan Dean & Amanda (Haram) terpaksa terhenti di episod pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Di pusingan awal, 20 peserta dipadankan kepada 10 pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza.

Mereka memerlukan undian daripada juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu supaya pentas mereka dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Penilaian persembahan terletak sepenuhnya pada panel juri.

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Saharudin sebagai penerbit.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Nov 2023
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Mon, 7 Sep 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023
Trending Sat, 1 Aug 2020
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.