Trending By: Padin April 17, 2022 @ 9:38am

Ernie Zakri Pilih Elemen Klasik Dalam Zapin Lebaran

Walaupun baharu sahaja bergelar ibu kepada puteri comel, Nur Khawla Soleha, penyanyi Ernie Zakri hadir dengan single Raya solo berjudul ‘Zapin Lebaran’.

Single terbabit merupakan hasil ciptaannya sendiri dengan penyanyi dan penggubah lagu berbakat, Yuka Kharisma.

“Alhamdulillah, perasaan gembira itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila menimang cahaya mata pertama, saya juga turut merasa sedikit gementar kerana tidak sabar hendak membesarkan puteri sulung kami.
“Walaupun sekarang saya sedang fokus dengan anak, namun naluri seni saya terpanggil untuk merakamkan lagu Raya baharu pada tahun ini,” katanya.

Menurut Ernie, ini merupakan single Raya solonya yang pertama kerana sebelum ini beliau belum berkesempatan berbuat demikian.

“Sudah lama saya idamkan hendak merakamkan lagu Raya sendiri, lalu saya mempelawa rakan pemuzik, Yuka Kharisma untuk turut serta dalam penghasilannya.

“Kami mengambil masa selama beberapa hari sahaja untuk mencipta lirik dan melodinya, manakala proses rakamannya pula dilakukan di rumah saya ketika masih lagi berpantang,” kongsi Ernie.

Zapin Lebaran mengangkat martabat irama tradisional Melayu asli berentak zapin yang diperindahkan lagi melalui alunan petikan instrumen gambus yang menggamit nostalgia Raya zaman dahulu kala.
“Saya terinspirasi menciptakan lagu ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda kita semua, hampir dua tahun kita diduga dan dua tahun jugalah kita tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta dan rakan taulan.

“Zapin Lebaran bermaksud sambutan meraikan hari kemenangan kita sebagai umat Islam, bukan sahaja dari menahan lapar dan dahaga, tetapi juga ujian dari yang Maha Kuasa.

“Mungkin ada sinar harapan pada tahun ini apabila dapat merasa kembali suasana Raya setelah beberapa tahun tidak dapat menjenguk keluarga yang berada jauh di kampung halaman,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Jun 2020
Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! 🥳

Featured Sat, 20 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Neelofa dalam perancangan untuk lakukan majlis ilmu besar-besaran untuk orang ramai sertai ❤️

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Penangan Viral… Pasangan Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua Di #RewangRakyatRangers, Hot FM Siap Bawa Shila Amzah Menyanyi Lagi!

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27, yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi […]

Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️