Trending By: SGMS Enal December 8, 2019 @ 11:20am

Eropah Bakal Terima Gelombang Panas Melampau Setiap Tahun

Eropah bakal berhadapan dengan gelombang panas melampau setiap tahun dan kehilangan separuh daripada hasil tuaian pada masa depan kecuali terdapat usaha yang agresig diambil untuk mengatasi perubahan iklim.

Menerusi laporan oleh agensi alam sekitar Kesatuan Eropah (EEA), meramalkan bahawa perubahan iklim yang tidak terkawal akan menyebabkan gelombang panas yang melampau setiap tahun di benua itu di mana Perancis dan Sepanyol tahun ini mengalami suhu tertinggi sejak rekod bermula.

Agensi itu juga menjangkakan kekurangan separuh daripada hasil tuaian di seluruh selatan Eropah pada masa akan datang.

Perkara tersebut telah menunjukkan senorio matahari ekosistem Eropah yang berdepan dengan serangan daripada pelbagai penjuru.

Menurut laporan, hanya 2/5  daripada semua badan air tawar Eropah, seperti sungai dan tasik, diselamatkan daripada tekanan atau berlebihan. Perubahan iklim dijangka akan memburukkan kedua-dua tekanan tersebut.

Sudah 39% daripada semua rama-rama dan 9% daripada semua burung biasa telah hilang dari langit Eropah sejak tahun 1990 di mana EEA disebut “penurunan utama dalam kepelbagaian biologi.”

Agensi yang berpangkalan di Copenhagen itu berkata situasi keseluruhan hanya akan bertambah buruk tanpa tindakan pantas: secara keseluruhan, daripada 35 indikator EEA dilihat, hanya enam yang berada di landasan untuk meningkatkan pada tahun 2020.

Menurut Pengarah Eksekutif EEA, Hans Bruyninckx berkata, semua pihak perlu memikirkan penyelesaian secara menyeluruh.

“Kita perlu mengurangkan trend ini pada dekad seterusnya, ia adalah dekad paling kritikal,” katanya.

Laporan 500 halaman itu datang pada hari pertama Ketua Suruhanjaya Eropah yang baru, Ursula von der Leyen, yang telah berjanji untuk menjadikan Eropah sebagai benua neutral iklim pertama di dunia menjelang tahun 2050.

Dia juga komited untuk menyekat kehilangan biodiversiti dalam tempoh lima tahun di pejabatnya.

Sumber: Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Wed, 20 Oct 2021

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 5 Jan 2023

Nas Ahmad Terjah Diuji Masalah Jantung – “Ya Allah! Lainnya Dia Sekarang”

Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Featured Fri, 3 Mar 2023
Acara Fri, 26 Aug 2022

| Live TV

error: Content is protected !!