Trending By: Padin February 22, 2022 @ 7:00pm

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas.

Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris serta Korea dan Farahdhiya memilih untuk berkolaborasi dengan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis

Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi.

“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’. Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah.

“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam. Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya.

Menurut Farahdhiya yang popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati, dia yakin dengan lagu Tewas tinggal lagi memerlukan publisiti dan promosi yang bagus.

“Saya sangat yakin dengan lagu ini. Setiap kali saya keluarkan lagu baharu tak kisah ia meletup ataupun tidak saya selalu ada keyakinan. Sebab bila kita dengar kita tahu lagu itu sedap. Cumanya sesebuah lagi itu jika tidak meletup tidak semestinya ia tidak sedap dan bagus.

“Mungkin ia berpunca dari segi publisiti dan promosi. Seperti saya cakap, saya sangat yakin dengan lagu ini dan ia adalah lagu yang bagus. Saya harap dapat sokongan daripada semua pihak.

“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok. Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’.

“Pertama kali dapat lagu ini saya terus setuju sebab saya sukakan melodinya yang ‘catchy’. Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja. Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakan lagu ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

Featured Sun, 11 Apr 2021

65 Bazar Ramadan Akan Beroperasi Di KL

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah. Ramadan tahun ini pasti berbeza dengan tahun lalu, kali ini kemeriahan Bazaar Ramadan kembali dapat dirasai oleh semua umat Islam. Dewan […]

Cahaya Mata Wed, 3 Aug 2022

“Saya Inginkan Anak Lelaki Lagi” – Adira ‘Tutup Kilang’ Selepas Cahaya Mata Keempat

Kalau tambah lagi masa akan datang pun apa salahnya kan? Semoga urusan melahirkan anak keempat Adira dipermudahkan.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Thu, 12 May 2022

Iedil Dzuhrie Alaudin Seronok Boleh Tukar Angin, Tidak Rasa Terbeban Ulang Alik Jakarta – Kuala Lumpur

Iedil tidak rasa terbeban ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur, malah rasa lebih seronok boleh tukar angin.

Events Fri, 3 Jun 2022