Trending By: Salma Syahbuddin January 29, 2021 @ 3:00pm

Farisha Iris Tak Gila Populariti

Mula menyertai pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun menerusi program Idola Kecil pada 2011, Farisha Iris atau nama sebenarnya Farisha Asmadi nampaknya tidak pernah berhenti dan mengenal erti putus asa.

Penyanyi berusia 22 tahun ini juga mengakui bukan mudah untuk mencapai apa yang dimiliki sekarang ini terutamanya dalam memperjuangkan muzik dan kerjaya seni beliau.

Al-maklumlah, sebelum ini Farisha Iris lebih dikenali kerana bakat pengacaraan beliau sebelum terlibat dengan program nyanyian di stesen televisyen berbayar sebelum ini.

Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya ada pihak yang melabel beliau sebagai ‘gila’ populariti.

“Saya tak terlalu mengejar ke arah itu atau terdesak nak popular. Kalau popular itu datang, saya anggap ia rezeki. Saya akan terus berusaha dan percaya dengan usaha gigih, kejayaan akan dapat dicapai”

Hello lebih trendy!

Berbekalkan keyakinan sekali gus memenuhi permintaan peminat yang inginkan buah tangan terbaharu daripadanya, Farisha bakal muncul dengan single “Hello” yang diterbitkan secara usahasama oleh syarikat rakaman Nova Music dan Seventeen Eleven Music.

Lagu “Hello” yang berentak pop itu adalah ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan Shazee Ishak manakala lirik ditulis oleh Arisz Ab Rahman.

“Alhamdulillah, ini adalah single keempat saya. Sekali lagi saya merakamkan lagu berentak pop sama seperti single sebelum ini. Apa saya perasan, peminat sekarang pun sukakan genre pop”

Bukan itu sahaja, lagu “Hello” itu juga bakal menjadi lagu tema bagi drama rantaian ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku’ yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3 tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 May 2022
Hiburan Sat, 19 Mar 2022

Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

Video petikan adegan daripada drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa sedang hangat diperkatakan oleh warganet. Bakal disiarkan Ramadan ini di TV3, pihak stesen memandang serius perkara terbabit. Berikut merupakan kenyataan rasmi TV3 […]

Featured Fri, 24 Mar 2023
Trending Sun, 17 Jan 2021
Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Ustazah Asma’ Beri Tips ‘Dating’ Halal – “Ajak Ibu Ayah Atau…”

Agak agak kita boleh try tak tips dating secara halal ni? 🥶🥶