Trending By: Padin December 17, 2020 @ 7:53pm

Fattah Amin Zahirkan Kesyukuran Selepas Bergelar Bapa Dengan…

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini tampil dengan single baru berjudul Sinar Selawat sebagai simbolik penghargaan dan tanda kesyukurannya selepas bergelar bapa.

Karya yang menyimpan makna tersendiri itu direalisasikan menerusi kerjasama kedua dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun serta penulis lirik prolifik, Ahmad Fedtri Yahya.

Fattah berkata, Sinar Selawat menterjemahkan kebahagiaan yang menghuni sudut hatinya selepas bergelar bapa kepada seorang puteri yang comel, Nur Fatima Aisya.

“Sinar Selawat menterjemahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila dikurniakan Allah SWT dengan anugerah terindah dalam hidup iaitu zuriat.

“Seperti pasangan lain, saya dan isteri juga mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami berdua. Alhamdulillah, penantian dan doa kami selama ini terjawab dengan kehadiran Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

“Momen itu terlalu bermakna dan ia menjadi kenangan paling manis buat saya serta isteri. Kemanisan itu lebih dirasai apabila kehadiran permata hati saya itu itu turut diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Fattah mengakui, projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu begitu dekat dengan hatinya. Sepanjang proses rakaman berlangsung, hatinya begitu tersentuh dengan bait indah lirik yang digarap kemas Ahmad Fedtri.

“Sebagai penulis lirik berpengalaman, Ahmad Fedtri begitu memahami, malah berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati saya ketika menempuh perjalanan untuk menjadi seorang bapa.

“Dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila diberikan Allah SWT peluang berharga untuk menikmati setiap momen istimewa yang mengubah seluruh kehidupan saya sejak kelahiran Nur Fatima Aisya.

“Setiap bait menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih indah apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT serta selawat sebagai simbolik kesyukuran saya meraikan kehadiran zuriat pertama dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Hafiz Hamidun sebagai komposer berkata, peluang bekerjasama dengan Fattah ketika rakaman lagu Kiriman Agung dahulu memudahkan dia memahami apa yang dimahukan jejaka itu dalam menghasilkan Sinar Selawat.

“Ketika menghasilkan Kiriman Agung, saya cuba memahami perasaan Fattah dan isterinya yang begitu mendambakan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka.

“Saya jadikan zikir-zikir amalan memohon zuriat sebagai asas utama untuk dijadikan melodi dan hasilnya begitu menyentuh perasaan.

“Menerusi Sinar Selawat pula, saya cuba menterjemahkan perasaan syukur dan terharu pasangan itu apabila doa mereka untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Allah SWT,” katanya.

Menyifatkan Fattah sebagai anak seni yang serius dan profesional dalam menjalankan peranannya, Hafiz berkata, dia tidak berdepan sebarang masalah ketika proses rakaman berlangsung.

“Bekerja dengan Fattah sangat mudah. Sesi rakaman berjalan dengan lancar kerana dia serius bekerja dan memahami tanggungjawabnya di studio rakaman.

“Fattah juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menerbitkan lagu tersebut.  Saya tidak mengambil masa yang lama untuk proses memasukkan vokal kerana Fattah membuat persediaan rapi sebelum melangkah ke studio.

“Disiplin tinggi yang ditunjukkan Fattah membuatkan proses rakaman berjalan dengan mudah,” katanya.

Meskipun seni penulisan lirik bukan lagi sesuatu yang asing buat dirinya, Ahmad Fedtri mengakui, dia berdepan cabaran tersendiri ketika diberi kepercayaan untuk menghasilkan lirik lagu Kiriman Agung dan Sinar Selawat.

“Kedua-dua lagu itu perlu menterjemahkan perjalanan emosi yang dilalui pasangan popular berkenaan. Menerusi Kiriman Agung, saya menterjemahkan suara dan pengharapan mereka dalam menantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap hidup.

“Untuk Sinar Selawat pula, saya cuba menggambarkan perasaan terharu dan syukur mereka apabila impian menimang cahaya mata menjadi kenyataan.

“Kehadiran permata berharga dalam hidup mereka itu saya terjemahkan sebagai Sinar, manakala Selawat pula dialunkan untuk mengiringi permulaan perjalanan hidup insan yang begitu mereka dinanti-nantikan,” katanya.

Seperti Hafiz, Ahmad Fedtri turut mengakui, mudah bekerjasama dengan Fattah yang sentiasa memberikan komitmen jitu dalam memastikan mutu nyanyiannya memperlihatkan kematangan.

“Mendengar sentuhan akhir lagu ini, saya memuji Fattah yang berjaya melunaskan tanggungjawabnya dengan begitu baik. Lagu ini cukup serba-serbi, malah Fattah memberikan mutu persembahan yang melangkaui jangkaan saya.

“Saya sudah terbiasa mendengar demo lagu ini yang dirakamkan Hafiz, namun Fattah berjaya menyuntik kelainan dalam mencorakkan Sinar Selawat supaya menjadi versinya sendiri.

“Saya dapat rasakan penghayatan dan emosi yang disalurkan Fattah dalam menjiwai lagu yang menggambarkan perasaannya selepas bergelar bapa,” katanya.

Diterbitkan Universal Music Malaysia, Sinar Selawat dilancarkan di semua platform digital pada 11 Disember lalu dan video muzik Sinar Selawat pula menemui peminat pada tarikh sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Makin berseri-seri wajah ibu mengandung ni kan.. Semoga dipermudahkan urusan Intan bersalin

Featured Tue, 26 Sep 2023

Anggap Anak Sumber Kekuatan, Nikki Palikat Sebak Nyanyi Lagu Bertakhta Di Hati

Penyanyi Nikki Palikat mengaku berasa sebak ketika menyanyikan lagu Bertakhta Di Hati pada program hiburan popular yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu. Menurut Nikki, setiap kali dia melakukan persembahan, anaknya Liam Audi akan sentiasa […]

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Trending Mon, 28 May 2018

Warga Sibu, Jangan Panik!

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Trending Wed, 28 Feb 2018

Dare to Challenge This One-of-a-Kind Escape Room in Kuala Lumpur?

Good news for all thrill seekers as you can experience a different kind of adventure while playing this brand new escape room.

Hiburan Tue, 9 Apr 2024