Trending By: Padin January 29, 2022 @ 7:21pm

Fenomena ‘Ikatan Cinta’ Bakal Pukau Penonton Malaysia, Sinetron No 1 Indonesia Ini Kini Ditayangkan di TV9!

Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu.

Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders, Arya Saloka, Natasha Dewanti dan Surya Saputra berjaya membuatkan sinetron ini bertahan di Indonesia sebagai sinetron Nombor Satu di Indonesia setiap kali bersiaran dan masih lagi unggul hingga kini walaupun sudah menjangkau episod ke 600!

Tidak hairanlah Ikatan Cinta ini berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk 2021 Seoul International Drama Awards bagi kategori Best Asian Star Prize yang dimenangi oleh pelakon jelita Amanda Manopo.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios:

“Kami ingin berkongsikan sebuah lagi drama bersiri terbaik Asia iaitu Ikatan Cinta yang popular di Indonesia kepada penonton setia kami. TV9 merupakan saluran yang fokus kepada program berbentuk kekeluargaan dan menjadi tanggungjawab kami menyampaikan kandungan terbaik kepada penonton kami.

“Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan stesen televisyen terbesar di Indonesia iaitu PT MNC Studios International. Kita serumpun, jadi tidak hairanlah penonton Malaysia suka dengan sinetron-sinetron daripada Indonesia kerana dapat menghubungkan watak-watak di dalam drama tersebut. Ikatan Cinta ini pastinya akan melekat di hati penonton Malaysia.”

Ikatan Cinta ini mengisahkan tentang hubungan dua beradik perempuan iaitu Andin (Amanda Manopo) dan adiknya Eksa (Glenca Chysara) yang kian pudar apabila mereka mencintai lelaki yang sama iaitu Nino (Evan Sanders).

Perasaan Elsa semakin tertekan apabila Andin dan Nino bakal mendirikan rumahtangga. Apatah lagi hubungan mereka mendapat restu daripada Pak Surya, ayah mereka.

Elsa merupakan anak bongsu dan manja dengan ibunya Bu Sarah (Natasha Dewanti). Bu Sarah sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan Elsa tercapai. Elsa dan Bu Sara sedaya upaya cuba menghalang perkahwinan Andin dan Nino.

Namun jodoh mereka kuat dan akhirnya mereka berkahwin. Ini membuatkan hubungan Andin dan Elsa semakin renggang. Nino sebenarnya adalah bekas kekasih Elsa dan dia masih menaruh hati kepada Nino. Namun tidak dengan Nino kerana dia telah lama melupakan Elsa.

Walaupun Andin dan Nino telah berkahwin, Elsa masih lagi merancang untuk menghancurkan rumah tangga kakaknya. Pelbagai cara dilakukannya termasuklah melemparkan fitnah terhadap kakaknya. Elsa lakukan semata-mata untuk mendapat perhatian Nino dan menambat semula hati Nino. Berjayakah Elsa dengan rancangan-rancangan jahatnya? Adakah Nino termakan kata-kata Elsa? Adakah Andin akan berdiam apabila Elsa cuba merampas suaminya?

Semuanya terjawab dalam drama bersiri popular Ikatan Cinta pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam, hanya di TV9!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Ibu Tak Restu, Puteri Sarah Dedah Kena Habis Belajar Dahulu Baru Boleh Jadi Artis

Reda Allah terletak pada reda ibu jugak tau! Kalau ibu tak restu, apa pun tak menjadi.

Selebriti Thu, 9 Nov 2023
Trending Mon, 25 Mar 2019

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Boleh lah lepasni korang serbu dan buat ootd dalam kafe tu. Hiks,

Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Sat, 25 Apr 2020

Rakyat ambil mudah arahan PKP dianggap sekutu COVID-19

KKM bimbang penularan COVID-19 kembali meningkat