Pasangan personaliti media sosial sensasi Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam Yunarae memohon maaf gara gara sebuah video yang tular baru baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ryzal, Ryzal menegur pakaian tradisi Maryam dengan mengatakan ianya seperti kain buruk dan alas TV. Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati budaya orang Sarawak dan negara sendiri.
Menerusi laman Twitter, netizen turut mengecam tindakan Ryzal yang dianggap memanipulasi isterinya untuk mengejar kemewahan dan populariti semata mata.
Ryzal Duriankimchi ni nothing tanpa bini dia. Kasihan bini dia terpaksa jadi content. Sudahlah meraih fame dengan manipulasi orang lain, paling teruk orang itu adalah partner kau. Macam mana partner kau nak adapt dan belajar, kalau kau sendiri tak hormat culture tanahair kau.
— fazleena hishamuddin (@fazleenaH) May 27, 2021
Ramai yang turut bersimpati dengan Maryam kerana menerima nasib yang sama walaupun dia tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.
Beberapa rakan artis kelahiran Sarawak turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan Ryzal.
Terbaru, kedua dua pasangan ini telah memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram.
Ryzal mengaku bersalah di atas tindakannya yang dianggap tidak menjaga sensitiviti kaum Iban di Sarawak. Ryzal turut menjelaskan bahawa isterinya tidak ada kena mengena dengan jenaka yang dilontarkan kerana Maryam tidak memahami apa yang diperkatakannya.