Categories: Trending

Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon, Fizz Fairuz Faham Keputusan Dibuat – “Kita Dulu Susah Bro…”

Pelakon Datuk Fizz Fairuz memberitahu dia memahami keputusan yang dibuat aktor aksi Hairul Azreen yang mengumumkan untuk berhenti berlakon, pada Isnin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, mereka pernah melalui tempoh sukar untuk sampai ke tahap sekarang.

“Aku faham apa yang kau rasa sekarang, itulah yang aku rasa dulu. Kita dulu susah bro, kau pun tahu nak naik macam mana dulu.

“Apa yang kita dah ada ni, cukup gembirakan family masing-masing,” ujarnya.

Terdahulu, Hairul membuat pengumuman berhenti berlakon diatas sebab cita-citanya untuk berlakon aksi sudah tercapai serta ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen Umum Bersara Dalam Dunia Lakonan – “Saya Dah Rasa Puas”

Untuk rekod, Hairul pernah bergandingan bersama Fizz di dalam sebuah filem berjudul Hantu Kapcai bersama barisan pelakon lain antaranya Zizan Razak, Remy Ishak dan Izzue Islam.

Maya Basir