Trending By: SGMS Faida May 28, 2018 @ 3:30am

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Ribut sub tropika, Alberto mula ‘mengganas’ di Florida yang dijangka membawa banjir yang mampu mengancam nyawa ke kawasan pesisiran pantai selatan. Ia kini dilaporkan menuju ke utara dari Teluk Mexico.

“Ribut masih berada kira-kira 190 kilometer di selatan Apalachicola, Florida di Teluk Mexico pada jam 4 petang (waktu tempatan) dan ia dijangka melanda kawasan sepanjang Florida Panhandle pada Isnin.

“Alberto diramal membawa angin pada kelajuan 85 kilometer sejam dan hujan sebanyak 30 sentimeter di kawasan dari Mississippi hingga ke barat Georgia,” kata Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.

Gabenor Florida, Rick Scott, turut mengeluarkan perintah darurat di semua 67 daerah dan berkata, 5,500 anggota pengawal kebangsaan sudah bersiapsiaga untuk dikerah jika keadaan memerlukan.

Sementara itu, Gabenor Mississippi, Phil Bryant dalam satu kenyataan berkata: “Saya meminta semua pihak supaya membuat persiapan akhir bagi pelan kecemasan untuk ahli keluarga masing-masing, terutama yang tinggal di rumah mudah alih dan kawasan rendah”.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Aug 2018

Gempar! Bas Rempuh Lebih 10 Buah Kereta Di MRR2

Patutlah sesak! Persoalan kenapa laluan dari Jalan Ampang ke MRR2 sesak teruk walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 malam akhirnya terjawab. Kesesakan berpunca apabila sebuah bas yang dipandu laju dilaporkan merempuh lebih daripada 10 buah […]

Featured Mon, 14 Mar 2022
Trending Thu, 1 Apr 2021

Tahniah! Nad Zainal Selamat Timang Anak Kedua

Wah, baby mesti comel macam mommy dia!

Trending Mon, 22 Jun 2020
Featured Sat, 13 May 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Ditegur Pakai Rantai & Gelang, Zainal Abidin Tak Peduli Dikecam – “Kalau Panjang Umur Saya Berubah…”

Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang kan, doakan yang baik baik

Trending Thu, 16 Aug 2018

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,”

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf