Trending By: Salma Syahbuddin January 20, 2021 @ 12:59pm

Frontliner ‘Pergi’ Ketika Bertugas, Isteri Dedah Punca Sebenar Kematian

Pagi ini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang wira negara yang bertugas di barisan hadapan menentang penularan wabak Covid-19.

Perkara ini dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook pada Selasa.

Menerusi hantaran tersebut, SPJM memaklumkan pihaknya diberitahu mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

” Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

SPJM sempat berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas sebagai frontliner.

Punca kematian kurang tepat

Pastinya perkhabaran duka mengenai pemergian suami tercinta adalah sesuatu yang perit untuk diterima.

Bagaimanapun, sebagai seorang isteri yang kehilangan suami tercinta, beliau tampil memberikan penjelasan mengenai punca sebenar kematian suaminya itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Menurut isteri kepada Allahyarham Dr Ali, arwah suaminya itu meninggal dunia akibat  ‘acute respiratory distress’ di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan suaminya banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh, seperti yang ditulis di keratan berita tular tersebut. 

Tambahnya lagi, Allahyarham suaminya itu merupakan anak yang baik dan sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya.

Apapun, pemergian Dr Ali wajar dianggap sebagai perginya seorang wira negara apabila terus setia dan sabar dalam memutuskan penularan Covid-19 di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Trending Tue, 17 Mar 2020
Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀

Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Petugas Kebersihan Bongkar Sikap Sebenar Glenn Fredly

Tenanglah di negeri abadi, Glenn Fredly.

Hiburan Tue, 10 Oct 2023