Categories: Trending

Gabungan 2 Negara… ‘Mantap Cuy’ Satukan Atta Halilintar, Kidd Santhe & Saixse

Penyanyi rap tanah air Kidd Santhe dan Saixse tampil berkolabirasi bersama Youtuber popular Indonesia, Atta Halilintar menerusi lagu terbaharu yang berjudul, ‘Mantap Cuy’.

Menurut Kidd Santhe, lagu tersebut adalah ciptaan bersama Siaxse dan Atta, malah perkataan ‘Mantap Cuy’ itu merupakan gabungan slang dari negara Malaysia dan Indonesia.

“Mantap Cuy’ meraikan bukan sahaja kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam hidup. Walaupun berdepan dengan sebarang halangan, lagu ini memberi inspirasi untuk kami belajar mengambil cabaran itu dengan positif.

”‘Mantap Cuy’ adalah gabungan slang Malaysia dan Indonesia untuk menangkap semangat dan keterujaan tentang sesuatu, sama seperti menyebut “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam Bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, Atta Halilintar mengakui dia tidak berfikir panjang keitka dilamar oleh Kidd Santhe untuk berkolabrasi bersama.

Kata Atta, dia sudah lama mengintai dan meminati budaya hip-hop di Malaysia lebih-lebih lagi hasil karya Kidd dan lagu popular Saixse, ‘Malampagi’.

”Saya sudah lama minat budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ yang juga trending di Indonesia!

“Jadi apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya terus say yes!

”Saya sangat teruja untuk peluang menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, di samping dua yang terbaik dalam industri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Saixse sempat berkongsi pengalaman mereka menjalani menjalani penggambaran muzik video lagu tersebut di Indonesia.

“Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia merupakan pengalaman yang luar biasa bagi saya.

“Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat

“Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia,” jelasnya.

Lagu ‘Mantap Cuy’ edaran Sony Music Malaysia  ini sudah boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 26 April lalu.

Orang ramai juga boleh menonton video muzik rasmi secara eksklusif di halaman YouTube Kidd Santhe.

Fatin Nurain