Categories: Trending

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Berhijab bukanlah penghalang bagi seseorang untuk menyertai pertandingan ratu cantik! Ini terbukti apabila kita lihat ramai wanita bertudung sudah menyertai pertandingan berkenaan.

Apa yang lebih membanggakan, gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand.

Tulis gadis berusia 20 tahun ini di laman Instagramnya, Nurul berharap penglibatannya dalam pertandingan ini tidak disalah erti.

Tambahnya, penyertaan beliau dalam pertandingan ini sebagai sesuatu yang memecahkan stereotaip.

Selain itu, Nurul yang juga penuntut di University of Waikato juga berharap agar erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.

Kami doakan Nurul berjaya di sana, Insha Allah!

SGMS Faida