Categories: Trending

[GAMBAR] Sekitar Majlis Berandam Surai Puteri Sulung Tunku Tun Aminah Dan Dato Dennis Muhammad

Tahniah diucapkan buat Tunku Tun Aminah dan suaminya Dato Dennis Muhammad atas kelahiran sulung puteri mereka. 

Majlis berendam surai yang berlangsung pada 4 Mac itu turut dihadiri oleh kaum kerabat Johor dan paduka anaknda keluarga Johor. Turut berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam serta paduka-paduka anakanda dan Kerabat DiRaja Johor.

Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Tuanku Sultan Johor serta Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti paduka-paduka anakanda.

Pasangan Tunku Tun Aminah dan Dato Dennis Muhammad itu telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017. Dennis Verbaas seorang warganegara Belanda. telah memeluk islam pada 31 Mei 2015 dengan nama islamnya kini Dennis Muhammad Abdullah.

Kredit Foto: Facebook Rasmi Sultan Ibrahim

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”