Trending By: Padin December 6, 2020 @ 4:21pm

Gantikan Judika Di SFMM35, Afif Tirmizie Kini Muncul Dengan Single Maaf

Kelibat jejaka ini menggantikan penyanyi Judika ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) menyampaikan lagu Tentang Rahsia bersama Shila Amzah mengundang tanda tanya ramai.

Mungkin ramai yang tidak tahu, individu bernama Afif Tirmizie sudah mula melibatkan diri dalam industri muzik semenjak tahun 2011 menerusi penyertaan di Akademi Fantasia musim ke-9.

Selain itu, Afif juga pernah menyertai program MyStarz LG serta pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan.

Tampil merencana karier solonya, Afif muncul dengan lagu terbaru berjudul Maaf.

“Cerita lagu Maaf adalah berkenaan situasi seseorang yang bersalah, tengah berdosa, tak kisah kepada siapa, kepada kekasih, isteri, ibu bapa, atau orang tersayang.

“Tapi daripada perspektif saya, si lelaki meminta maaf kepada kekasihnya disebabkan sudah berulang kali melakukan kesilapan.

“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah sesetengah orang sukar untuk mengucap kata maaf meskipun memang tahu dirinya bersalah.

“Tapi dalam apa jua keadaan, sebaiknya mohonlah kemaafan itu untuk berbaik. Setiap manusia melakukan kesilapan tapi minta maaflah bagi menjernihkan sesuatu perhubungan.

“Semenjak lagu ini muncul, ia mendapat respons baik orang ramai dan saya sangat berharap lagu ini diterima pendengar,” kata Afif.

Lagu Maaf  boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. Jangan lepaskan peluang untuk mendengarnya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja […]

Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Featured Thu, 26 Jan 2023

Mohon Doa Peminat, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Tunai Umrah

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram […]

Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Tue, 8 Oct 2019

“Bukan Bahasa Ibunda Saya”

Tak Malu Kalau Bahasa Inggeris Tak Betul – Raih Perhatian Netizen

Trending Wed, 6 Dec 2017

Kalah Dalam Perlawanan, Anjing Dihempas Tuannya Sampai Mati

Hanya kerana meletakan pertaruhan besar ke atas anjing tersebut dan ia kalah dibunuh dan dihempas hingga mati

Hiburan Wed, 21 Jun 2023