Trending By: Yanie Baharom August 13, 2018 @ 2:00pm

Gara-Gara ‘Fesyen Zaman Nenek Kau’, Nabila Huda Dan Netizen Berperang Mulut

Foto dengan kapsyen ‘fesyen zaman nenek kau’ yang dimuat naik pelakon sensasi Nabila Huda, telah mengundang reaksi kurang senang di kalangan netizen.

Foto yang mendapat lebih 59,548 tanda suka, manakala 2,707 komen itu, merujuk kepada penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 34, semasa menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) yang berlangsung di Pavilion pada Sabtu.

Nabila menggayakan gaun berwarna hitam dengan belahan di bahagian kaki digayakan bersama skaf mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan gayanya itu agak keterlaluan.

Rata-rata menegur pemakaian bintang Dendam Aurora berkenaan, sebagai tidak sesuai digayakan oleh seorang selebriti yang sering dijadikan ikutan ramai.

Foto: Instagram Nabila Huda

“Sebagai selebriti, semua trend, gaya dan personaliti menjadi ikutan masyarakat,” ujar netizen.

Bagaimanapun, penampilan itu mendapat pujian beberapa rakan artis yang menganggap gaya tersebut pernah popular dan menjadi trend barat pada era 50-an dahulu.

Dalam pada itu, Nabila yang membalas komen-komen negatif tersebut meminta agar mereka unfollow atau tidak mengikuti di laman sosial miliknya itu.

“Tak suka boleh unfollow atau anda akan disekat dalam masa 10 minit. Tengok gambar saya puas-puas dulu, lepas ni dah tak boleh tengok,” tulisnya.

Foto: Instagram Nabila Huda

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Nov 2020
Featured Mon, 19 Feb 2024
Trending Mon, 24 Jun 2019

无奇不有!巴纽产「巨无霸香蕉」粗到一只手拿不住

我们常见的香蕉,也就大约手掌大小,还有更小的芭蕉,但巴布亚新几内亚有一种香蕉种类,体型宏大,无论是香蕉树还是香蕉,都吓人一跳!