Kes Mahkamah By: Atiqah Johari June 21, 2024 @ 2:45pm

Gara-Gara Hantaran Berunsur Fitnah, Chef Wan Diperintah Bayar RM150,000 Kepada Bekas Menantu

Cef selebriti, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh susulan penerbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O’Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O’Luanaigh.

Justeru itu, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Azizah turut memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

Malah, Chef Wan juga diperintah untuk membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Ketika prosiding, Hakim Wong berkata mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam Instagram dan Facebook Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.

Beliau juga berkata Chef Wan telah melanggar janji mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O’Luanaigh.

O’Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 Nov 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar. Dia berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum sah bercerai pada Ogos 2017.

Kemudian, dia memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mertuanya mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.

Dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan berkata kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O’Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.

Hakim Rozi Bainon juga memerintahkan Chef Wan untuk menurunkan lapan hantaran yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Walaubagaimanapun, hakim berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O’Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat jahat.

O’Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022
Trending Sun, 26 Sep 2021

“Tolong Faham Keadaan Saya” – Elyana Mohon Peminat Henti Cerita Kisah Pesakit ‘Tewas’ Kerana Kanser

Penyanyi Elyana memohon agar pengikutnya di laman Instagram untuk berhenti bercerita mengenai kisah pesakit yang ‘tewas’ akibat melawan kanser. Mendapat rawatan di hospital selepas sebulan melawan kesakitan, Elyana meluahkan rasa hatinya menerusi sebuah hantaran yang […]

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Trending Mon, 14 Oct 2019
Featured Tue, 16 May 2023

Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

“Saya dah lepaskan.. tak nak ingat lagi” – Nourul Depp. Hmm! Harap semuanya baik baik saja 😢