Featured By: Yanie Baharom May 24, 2018 @ 5:00pm

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari rupa-rupanya telah memuat naik sebuah post di akaun Twitternya Selasa lalu di mana dia meminta pihak polis untuk memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Tindakan itu ditegur oleh seniornya di dalam industri, Datin Seri Umie Aida (Umie) yang berpendapat aktor itu lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.

“Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!” tulisnya di laman sosialnya malam Rabu.

Pelakon filem Dukun ini turut memuat naik paparan artikel tentang Johan As’ari yang mahu pihak polis turut memeriksa rumah Tun M.

Sebelum ini Tweet berbaur sindiran yang dimuat naik Johan telah mengundang rasa kurang senang para netizen. Dia turut dikecam apabila dikatakan sengaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.

Foto: Sinar Harian

Sebagaimana yang umum tahu, Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam UMNO iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini pihak berkuasa melakukan penggeledahan di premis serta kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan menemui sejumlah wang.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Johan sudah memohon maaf kepada Tun M dan netizen yang tergores hati dengan kenyataan berkenaan.

Pelakon filem Juvana ini turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.

“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan. Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Jul 2019

Dua Beranak Nyaris Maut Dari Bangunan Runtuh

Mangsa berada di tingkat tiga bangunan sebelum berlaku runtuhan dan mangsa turut jatuh ke bawah.

Featured Fri, 5 Jun 2020
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon Anita Baharom, 38, memaklumkan khabar duka suaminya, Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi tadi. Difahamkan, arwah suami Anita meninggal dunia di […]

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Thu, 26 Apr 2018

Baru Umur 6 Tahun, Anak Beyoncé Sudah Ada Stylist Dan Personal Shopper Sendiri!

Entah-entah outfit yang dia pernah pakai boleh kalahkan semua baju tercantik yang kita ada.

Trending Mon, 5 Mar 2018

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Trending Thu, 1 Mar 2018

神乎其技!日本15岁绘师用颜色笔画出「真」钻石

最近,一组超逼真的「宝石画」在日本推特上流传。画上的宝石不仅很有光泽,还立体度十足。大家纷纷猜测画画的是谁,真相公布后,所有人都大吃一惊,原来那名神秘绘师是一名年仅15岁的少年。