Trending By: Salma Syahbuddin July 8, 2019 @ 11:27am

Gara-gara Telefon Bimbit, Adik Sanggup Kelar Dan Sumbat Abang Kandung Dalam Beg Plastik

Seperti sudah hilang pertimbangan, seorang remaja bertindak kejam sehingga sanggup membunuh abang kandungnya sendiri. Mayat mangsa yang berumur 16 tahun itu ditemui dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangannya.

Apa yang paling menyedihkan, mayat mangsa yang ditemui dibelakang rumah kosong bersebelahan rumahnya di Taman Glenview, Kamunting itu turut dibaluti dengan plastik.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata laporan kehilangan mangsa yang juga pelajar sekolah menengah di Taiping, Jumaat lalu selepas mangsa tidak pulang ke rumah dari sekolah.

“Pemeriksaan dijalankan polis di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kelar dileher serta pergelangan tangan pergelangan tangan manakala mayatnya dibalut dengan plastik, mayat disahkan keluarga sebagai remaja yang dilaporkan hilang itu”

Hasil siasatan polis juga turut menahan adik perempuan mangsa serta teman lelakinya berusia 15 tahun dan kedua-dua mereka mengaku membunuh mangsa” 

Tambah Osman lagi, kejadian berlaku apabila mangsa dan suspek dipercayai bergaduh dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit milik suspek tertinggal di rumah mereka. 

“Mangsa yang pulang dari rumah pada hari kejadian dipercayai mendapati adik perempuannya membawa rakan termasuk teman lelakinya masuk ke rumah, namun semua mereka beredar selepas melihat mangsa pulang. 

“Telefon bimbit teman lelaki adiknya dipercayai tertinggal sebelum mangsa menjawab panggilan telefon dari suspek sebelum mangsa menjawab panggilan telefon dari suspek sebelum mencabarnya untuk mengambil sendiri telefonnya dan dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka.” 

Apalah nak jadi agaknya dengan anak muda zaman sekarang? Bukan sahaja sudah hilang pertimbangan, tapi sudah semakin kurang waras dalam meneliti perkara baik dan buruk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Mon, 25 Feb 2019

这款让人脸红「形状」项链竟在网上卖到缺货!

女子将项链设计成让人「脸红的形状」放上网路,大家竟然抢着要还卖到缺货先关店!

Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Trending Fri, 29 Apr 2022