Trending By: Salma Syahbuddin April 13, 2020 @ 12:33pm

Gara-Gara Tersasul Cakap “Bagus Juga Ada Public Figure Dijangkiti Covid-19” Kini Netizen Doa Janna Nick Pula Yang Kena

“Minta maaf, saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Ayat yang patut diubah ialah perkataan ‘bagus’ tu

“Perkataan sepatutnya ialah ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena Corona Virus supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan create awareness betapa bahayanya virus ini.

Pengacara Janna Nick memohon maaf secara terbuka selepas tersalah memilih perkataan ketika program Melodi bersiaran secara langsung pada Ahad.

Perkara tersebut berlaku apabila Janna cuba mengulas mengenai keadaaan sebenar pelakon Puteri Aishah yang dimasukkan ke hospital akibat positif Covid-19.

Sumber : Instagram @jannanick

Pemilihan kata yang dianggap kurang sesuai sehingga mencetuskan salah faham dikalangan netizen ini sekaligus dilihat, Janna kurang sensitif dengan situasi yang melanda negara kita sekarang.

” Bagus juga jika ada public figure yang dijangkiti corona ni, boleh sebarkan kesedaran dan keadaan duduk dalam hospital tu.”

Justeru itu, ramai netizen yang mendoakan agar pelakon Cari Aku Di Syurga ini terkena jangkitan Covid-19 dilaman sosial Twitter. Sehinggakan ada segelintir daripada netizen kita meminta agar Janna digantikan dengan pengacara yang lain.

Namun, Awal Ashaari tampil menjelaskan bahawa, Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton.

“Tadi tu salah pentafsiran, kalau sesama kita membawang saya fahamlah.  Tapi maksud Janna orang kena Corona Virus ni boleh berkongsi pengalaman mereka supaya kita tahu betapa seriusnya wabak ini

“Itu maksud Janna. Jadi, Janna pun sudah minta maaf, kita bolehlah drop topik ini,” tambah Awal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023

Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Terlampau stress pun boleh effect kandungan juga. Semoga kuat Shu!

Trending Wed, 1 Sep 2021
Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Trending Fri, 27 Nov 2020
Featured Mon, 17 Oct 2022

“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Alamakkk, sabar semua 😂 Ramai betul gegirls kecewa Eyka jumpa family Akhyar ek 🤭

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️