Trending By: Yanie Baharom July 26, 2018 @ 3:00pm

Gara-Gara Wajah Seiras Khairy Jamaluddin, Syafiq Khairil Mula Diburu

Melihat koleksi foto-foto pemuda yang bernama Syafiq Khairil Anuar, di ruangan Instagram miliknya @syafiqkhairil_, pasti ada yang membayangkan beginilah agaknya rupa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), semasa muda.

Memang tidak dapat dinafikan, iras wajah mereka berdua seakan rupa, ditambah pula aura “tall, dark and handsome” yang dimiliki oleh Syafiq hingga dia diberi jolokan ‘kembar KJ’.

Nak tahu bagaimana perihal pemuda ini boleh tular, semuanya gara-gara video pendek yang memaparkan dirinya berlari dalam pakaian sukan dimuat naik oleh rakannya di laman media sosial.

“Ramai orang kata muka member (kawan) aku ni macam @khairykj,” tulisnya di Twitter @sxyrim pada Isnin sambil meminta netizen mengulang kicau status berkenaan dan membuat pautan di Twitter milik Khairy.

Foto: Hijab & Heels Archive

Pada hari yang sama, Khairy mengulang kicau status berkenaan yang turut mempunyai video pendek berdurasi 24 saat itu.

Video tersebut bermula dengan pemuda bernama Syafiq Khairil Anuar yang memakai kasut sukan, menyarung jersi jalur hitam dan kuning serta berseluar pendek.

Dia yang dikatakan ‘klon’ Ahli Parlimen Rembau itu kemudian berjoging melalui kawasan perumahan dengan lagaknya tidak ubah seperti seorang atlet.

Menerusi akaun Instagramnya, Syafiq sering memuat naik gambar-gambarnya ketika aktif dalam sukan berbasikal, yang juga merupakan hobi Khairy.

Foto: Hijab & Heels Archive

Selain sukan basikal, pemuda ini turut aktif bermain ragbi, bola keranjang serta mendaki, aktiviti yang menguji mental dan fizikal.

Rata-rata netizen sependapat, menyifatkan Syafiq sebagai ‘kembar’ Khairy, malah dia dikatakan kelihatan seperti bekas menteri itu sewaktu muda.

Menariknya, Khairy turut memberi respons menerusi akaun Instagram stesen radio Era yang memuat naik video Syafiq pada Selasa.

“Tolong cari siapa dia jejaka tampan ni. Boleh saya minta dia hadir Dewan Rakyat bagi pihak saya dari masa ke semasa,” katanya dengan nada bergurau mengenai pemuda yang mempunyai mirip wajahnya.

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023
Trending Tue, 5 Jan 2021
Hiburan Mon, 26 Dec 2022
Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Mon, 9 Aug 2021
Trending Fri, 24 Apr 2020
Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Fri, 21 Oct 2022

Netizen Tertarik Dengan Perwatakan Semula Jadi Puteri Balqis

Sebut saja nama pelakon Puteri Balqis, pasti ramai yang mengingati bakat lakonan yang cukup mengagumkan. Semakin meningkat remaja, penampilan dan perwatakan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjadi perhatian ramai sehingga berjaya membuatkan orang […]