Categories: Trending

Gas Ammonia Bocor, Dua Pekerja Kilang Ais Maut

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata, dalam kejadian jam 5.11 pagi, kedua-dua mangsa warga asing yang maut masih belum dikenal pasti identitinya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sementara 18 pekerja warga asing yang cedera dihantar ke beberapa buah Hospital iaitu lima di HTAR, Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting bagi menerima rawatan. 

“Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika pekerja tersebut melakukan kerja rutin mereka. Manakala pekerja lain yang cedera mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih matakerana kandungan gas ammonia tinggi bacaannya iaitu 500 ppm (parts per million) berbanding bacaan normal iaitu 50 ppm ke bawah.” Katanya

Setakat ini pihaknya berjaya mengurangkan kuantiti kebocoran gas ammonia kepada separuh iaitu 250 ppm di dalamkilang berkenaan manakala kualiti udara di luar kilang sudah kembali normal. 

“Operasi masih dijalankan untuk meneutralkan bacaan gas ammonia di dalam kilang menggunakan beberapa kaedah seperti membuka semua pintu dan tingkap kilang bagi mengeluarkan gas, menggunakan kipas ekzos kilang dan di depan selain menggunakan kaedah semburan air halus. Dan, setakat ini tiada mangsa lain yang berada di dalam kilang kerana pekerja lain berjaya keluar dari premis berkenaan, namun jumlah sebenar pekerja ketika kejadian masih dalam siasatan.” Jelasnya 

Kejadian melibatkan kebocoran gas ammonia seperti ini sudah dua kali dilaporkan berlaku.

Salma Syahbuddin