Featured By: Yanie Baharom April 19, 2020 @ 9:00am

Gelang persahabatan dan surat ‘cinta’ Lara buat Dr Noor Hisham

Nama kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ini tiba-tiba saja meledak, kerana keberaniannya mengirimkan surat ‘cinta’ berserta gelang persahabatan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Paling menggembirakan surat ‘cinta’ yang dikarang Lara Khadijah Mcafee bagi menyatakan penghargaannya terhadap pengorbanan Dr Noor Hisham yang dikatakan bekerja tanpa henti sejak penularan COVID-19, mendapat perhatian wira kesayangan ramai itu.

Sebulan selepas surat yang bertarikh 19 Mac 2020 itu dikirim, usaha dan ingatan kanak-kanak berasal dari Kuala Terengganu itu dibalas dengan sepucuk surat rasmi daripada Dr Noor Hisham.

“Terima kasih kerana menulis surat dan menghasilkan rantai tangan ini. Cucu perempuan saya memakai rantai tangan itu dan dia sangat suka padanya,” balas Dr Noor Hisham.

Tidak terhenti di situ saja, Dr Noor Hisham yang dikenali dengan sikap merendah diri itu berkata, usaha yang dilakukan sepanjang memerangi wabak COVID-19 merupakan usaha bersama seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tidak melakukan ini sendiri. Saya bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang hebat untuk membantu negara kita.

“Rakyat Malaysia seperti anda juga memainkan peranan dengan duduk di rumah. Jadi teruskan usaha yang baik ini dan bersama-sama, kita dapat menentang virus ini,” katanya.

Beliau juga menitipkan pesanan kepada Lara agar belajar bersungguh-sungguh supaya suatu hari dapat berbakti untuk negara.

“Suatu hari nanti, akan tiba giliran anda untuk membantu Malaysia. Ikut impian anda dan berusaha bersungguh-sungguh,” tambahnya.

Lebih membuatkan warga siber tersentuh, apabila Dr Noor Hisham mengakhiri surat itu dengan merujuk dirinya sebagai ‘your new friend’ ataupun kawan baharu anda.

Terdahulu, Lara yang merupakan penonton setia sidang media harian perkembangan COVID-19 dikendalikan oleh Dr Noor Hisham, menjadi tumpuan selepas surat ‘cinta’ yang didedikasikan kepada figura hebat itu menjadi tular di media sosial.

Foto: Viral

“Saya membuat ‘loom band’ untuk rakan-rakan saya sebagai tanda persahabatan.

“Saya telah membuat seutas ‘loom band’ untuk anda sebagai tanda terima kasih atas segala kerja keras yang anda lakukan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sepanjang wabak COVID-19 ini,” kata Lara dalam catatan surat yang dikirimkan kepada Dr Noor Hisham.

Sehari selepas surat ‘cintanya’ tular, murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman itu, dijejaki Bernama di kediaman keluarganya.

Dia mengakui gelang tangan ‘loom band’ berwarna putih, biru muda dan gelap itu, dihasilkan dengan penuh kasih sayang.

“Gelang tangan ‘loom band’ untuk Dr Noor Hisham dihasilkan dengan penuh kasih sayang dan ia dibuat dengan mengambil ukuran tangan ayah.

“Saya menyiapkan dalam masa 19 minit. Pemilihan warna putih, biru muda dan biru gelap sebagai lambang kebersihan, serta warna putih sebagai lambang kesucian serta keikhlasan hati mereka menjaga kesihatan rakyat Malaysia pada musim wabak COVID-19 ini,” kata kanak-kanak pintar ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Trending Mon, 2 Apr 2018

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Trending Wed, 8 Jan 2020

Pesawat Ukraine Seramai 170 Maut Akibat Terhempas di Tehran

Sebuah pesawat penerbangan Ukraine yang membuat sekurang-kurangnya 170 penumpang terhempas pada Rabu sebaik sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran, dengan semua yang berada dalam pesawat terkorban, menurut stesen televisyen milik kerajaan […]

Featured Sat, 11 Apr 2020
Trending Fri, 22 Jan 2021
Trending Mon, 13 Aug 2018

Jaga-Jaga! Cuaca Panas Sehingga September Depan

Pada September, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras normal antara 150mm dan 250mm.

Trending Sat, 6 Jul 2019

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua Pelancong Dan Penyelam Skuba Maut Disyaki Terkena Bom Ikan Di Semporna

| Live TV