Trending By: SGMS Faida June 16, 2018 @ 10:54am

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Tragedi Syawal tahun ini bukan saja melibatkan hilang jari akibat mercun, sebuah kes melibatkan rakyat Malaysia maut selepas didapati terjatuh dari sebuah bangunan!

Kejadian yang berlaku di Hatyai itu dilaporkan terjadi awal pagi tadi apabila Kong Soon Keong dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kol Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam tadi dan pulang ke hotel kira-kira 1 pagi tadi,” katanya hari ini dan menambah, mangsa berasal dari Kuala Lumpur.

Polis percaya mangsa terjatuh dari bilik yang didiaminya bersama empat rakan lelakinya yang lain. Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

Warodom berkata, terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.

Beliau berkata mangsa bersama 15 rakannya telah mendaftar masuk untuk menginap di hotel berkenaan semalam dengan menyewa lima bilik.

Mayat mangsa kini berada di hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.

Kredit gambar: Bangkok Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Kena Pijak? Zizi Kirana Sindir Siapa?

Zizi Kirana kena pijak? Siapa pijak Zizi Kirana?

Trending Mon, 25 Mar 2019

Peminat Kpop Mungkin Boleh Lepak Di Kafe EXO Lepasni Ye!

Boleh lah lepasni korang serbu dan buat ootd dalam kafe tu. Hiks,

Featured Wed, 27 Sep 2023
Trending Mon, 4 Jan 2021
Featured Fri, 5 May 2023
Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).