Categories: Trending

Penangan Sushi Korea, Tangan Warga Emas Kudung?

Gara-gara makan sushi, seorang warga Korea Selatan hilang tangan. Mesti anda tertanya, apa pula kaitannya? 

Doktor mengesahkan lelaki ini dijangkiti bakteria vibriosis yang berpunca daripada bakteria Vibrio vulnificus.

Hal ini membuatkan tangannya melepuh dan kulit tangan bertukar menjadi hitam selepas 12 jam menikmati hidangan popular negara Jepun itu.

Selepas menahan sakit selama 25 hari, pasukan perubatan mengeringkan lepuh pada tapak tangannya sebelum memutuskan tangannya tidak dapat diselamatkan kerana kulitnya sudah mula mereput.

Lelaki berusia 71 tahun itu memiliki rekod masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Ulser di tangannya menyebabkan nekrosis iaitu kematian tisu hidup yang boleh merebak dan menyebabkan kecederaan kekal.

Ini memaksa doktor segera lakukan sesuatu dengan memotong lengan kirinya untuk menghalang tisu yang mereput daripada merebak ke bahagian lain.

Difahamkan, lelaki itu beransur pulih dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya.

SGMS Faida