Trending By: Salma Syahbuddin December 7, 2020 @ 1:00pm

Gerak Khas Finale Masih Relevan, Netizen Imbau Momen Membesar Bersama Drama Ini

Drama Gerak Khas The Finale kali ini bakal menamatkan sirinya di TV3 setelah 21 tahun menemui peminatnya dari segenap lapisan masyarakat.

Malah, ia antara drama yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena sehingga mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.

Masih relevan atau tidak?

Walaupun, ramai antara netizen yang mempersoalkan tentang penerimaan masyarakat terhadap drama ini, namun tidak kurang juga segelintir netizen yang beranggapan drama Gerak Khas The Finale masih relevan ditayangkan untuk tontonan umum.

“Ye, ada yang kata drama ini sudah tidak relevan namun, Gerak khas juga sudah ada peminatnya tersendiri malah, mereka sudah tidak sabar untuk menunggu tayangan drama ini. Nak tahu apa yang bakal berlaku dan mereka masih menunggu lakonan dari barisan-barisan pelakon sebelum ini”

Datuk Yusof Haslam |Pengarah

Covid-19 punca pengambaran dilanjutkan sehingga…

Berkongsi cabaran yang dihadapi semasa menghasilkan Gerak Khas The Finale, Datuk Yusof Haslam mengakui Covid-19 antara punca ramai perniagaan terpaksa ditutup dan ramai juga masyarakat kehilangan pekerjaan.

Malah, beliau juga terkesan apabila pengambaran drama ini terpaksa dihentikan seketika akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dan secara tidak langsung, pengambaran drama ini sahaja mengambil masa selama 8 bulan untuk disiapkan.

Netizen kongsi momen manis bersama Gerak Khas

Ternyata ada diantara kita membesar dengan drama-drama yang dihasilkan oleh Skop Production bukan? Termasuklah, siri drama popular Gerak khas ini.

Justeru itu, ramai netizen sempat berkongsi momen mereka membesar bersama-sama drama ini yang telahpun menemui peminatnya sejak 21 tahun yang lalu.

Wajib tonton episod finale!

Pastinya episod akhir Gerak Khas The Finale adalah yang paling ditunggu-tunggu.

Bagi Datuk Yusof Haslam, episod akhir semestinya menyentuh perasaan dimana ia akan meninggalkan seribu satu memori kepada peminatnya.

” Saya sedih, Tapi dalam masa yang sama saya bersyukur dan terharu kerana drama ini mempunyai peminatnya dan permintaan dari stesen tv juga membuatkan saya sebak pada akhirnya”

Antara barisan pelakon yang membintangi Gerak Khas The Finale kali ini ialah, Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Norman Hakim, Abby Abadi, Salina Saibi, Sheera Iskandar, C. Kumaresan, Ungku Ismail, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.

Jadi, buat semua peminat drama popular ini, jangan lupa saksikan Gerak Khas The Finale, setiap Jumaat dan Sabtu, pada jam 10.30 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Aug 2023
Featured Sat, 2 Apr 2022

“Saya Ingat Akan Kena Kecam Tapi…” – Bawa Watak ‘G*y’, Gambit Akui Ia Berkesan Dan Diterima Penonton

Tu lah semua positif je dan ada yang tak sabar nak tunggu eh drama macam ni lagi…

Trending Wed, 5 Sep 2018

95%的人都不會「長尾夾」妙用法

生活中有没有一些文具,需要时像个宝,但是多于、不用时,却完全不想看到,例如:长尾夹。一般人通常都会用来夹文件等,但其实它还有许多大家不知道的用途喔~

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Tue, 5 May 2020
Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.