Categories: Trending

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Rakyat Malaysia dan nasi lemak sememangnya menjadi antara simbol makanan pilihan untuk bersarapan.  Begitu juga dengan Google!

Sempena meraikan makanan istimewa rakyat Malaysia ini, pihak Google telah memuat naik klip video doodle  berdurasi 40 saat dengan tema  ‘Celebrating Nasi Lemak’ .

Doodle ini turut memaparkan cara penyediaan nasi lemak pada daun pisang berserta reka bentuk kain batik sebagai latar belakang pada perkataan GOOGLE. Selain itu, satu lagi penghormatan kepada warisan negara  adalah, muzik gamelan menjadi latar belakang klip video doodle tersebut.

Justeru itu, Google berjaya menyatukan semua elemen dalam menyediakan set hidangan lengkap nasi lemak. Termasuklah set hidangan sampingan seperti ayam goreng, telur goreng, dan ikan. Oops! versi rendang daging pun ada juga. Tapi makesure bukan yang crispy ya!

Walaupun ianya hanya doodle berdurasi 40 saat, tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bangga dengan perkara simbolik melibatkan negara kita. Betul tak?

Dan, untuk pengetahuan korang,  ini bukanlah kali pertama Google tampil dengan doodle bertemakan Negara Malaysia kerana, Google juga pernah menampilkan sambutan perayaan pilihanraya umum, Tan Sri P.Ramlee, Mokhtar Dahari dan juga Yasmin Ahmad. Kalau tak percaya, korang boleh Google sendiri okay!

Salma Syahbuddin