Trending By: Ad Ops December 14, 2019 @ 4:24pm

Greta Thunberg, 16, dinamakan ‘2019 Person of the Year’ oleh majalah TIME

Jika anda mengikuti perkembangan isu antarabangsa sepanjang tahun ini, pasti anda pernah terdengar nama Greta Thunberg.

Beliau ialah remaja berasal dari Sweden yang terkenal dengan gerakannya ‘Fridays For Future’ dalam usaha untuk memprotes terhadap perubahan iklim bumi.

Menerusi kebijaksanaannya, impak yang beliau tinggalkan kepada penduduk dunia sangatlah kuat hingga beliau dipilih sebagai ‘Person of the Year’ untuk 2019 oleh majalah terkemuka Time.

Setiap hujung tahun, editor majalah ini akan memilih satu individu dari serata dunia yang telah ‘meninggalkan impak paling kuat dalam mempengaruhi peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun berkenaan.’

Untuk 2019, Greta telah dipilih dan sejak ia mula diperkenalkan pada 1927 oleh Time, beliau ialah individu termuda menerima gelaran ini. Pelakon hebat Leonardo DiCaprio pun menggelarkan Greta sebagai ‘leader of our time (pemimpin zaman ini).’ Satu pendapaian hebat buat remaja ini!

“Greta telah menjadi suara terbesar bagi isu terbesar yang melanda planet ini – dan dia ialah ikon bagi perubahan generasi dalam budaya kita yang kita dapat lihat di mana-mana, termasuklah kampus di Hong Kong dan dewan kongres Washington,” kata Ketua Editor Time, Edward Felsenthal di dalam eseinya mengenai sebab beliau memilih Greta, 16.

“Inilah tahun yang mana krisis iklim dunia ini diketengahkan. Sebelum ini ia disisih dan dianggap sebagai isu sampingan dunia politik. Kini ia dilihat sebagai agenda global yang penting. Tiada siapa yang berusaha lebih kuat dalam hal ini daripada Greta.”

Usaha Greta dalam memprotes terhadap perubahan iklim mendapat sambutan dunia. Sumber: abc

Sejak dua tahun lepas, Greta telah menghabiskan masanya dengan menfokus kepada aktivitisme demi menyelamatkan alam sekitar. Untuk mengurangkan jejak karbonnya, beliau telah berhenti menjelajah dengan menaiki kapal terbang dan berhenti makan daging.

Tahun lepas, beliau meluangkan hari-hari persekolahannya selama tiga minggu untuk memprotes di luar bangunan parlimen Sweden demi mengenengahkan isu perubahan iklim.

Greta meluangkan hari persekolahannya dengan memprotes. Sumber: Fortune

Lebih terkini, Greta menjadi tular September lalu setelah beliau memarahi ketua-ketua dunia di majlis United Nations Climate Summit kerana mereka tidak mengambil tindakan terhadap perubahan iklim.

Tonton video ucapannya di bawah. Kata-katanya yang pedas dan emosinya yang membuak-buak pasti buat anda terasa!

“Kita tidak boleh terus hidup seolah-olah hari esok tidak akan wujud, kerana sebenarnya hari esok masih ada,” kata Greta kepada Time.

Greta mula belajar mengenai perubahan iklim ketika di bangku sekolah rendah, apabila gurunya menayangkan video yang menunjukkan impak masalah ini kepada dunia. Pada saat itu, beliau terus merasa risau.

“Saya tidak faham bagaimana ancaman ini boleh wujud tetapi kita langsung tidak utamakannya,” katanya. “Dahulu saya mungkin menafikannya. ‘Masalah ini tidak mungkin akan terjadi, kerana jika ya, pasti semua ahli politik akan menyelesaikannya.’”

Klik di sini untuk baca artikel Time mengenai pemilihan Greta Thunberg sebagai ‘2019 Person of the Year.’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Aafiyah Sampai Excited Tengok Kereta & Lampu Jalan…” – Siti Nurhaliza

Lama ‘terperap’ di rumah akibat pandemik, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja apabila dia dibawa keluar. Tambah Siti, dia mengambil pendekatan untuk menggajikan penjaga yang mempunyai latar belakang […]