Categories: Trending

Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Bayangkan yang anda sedang menikmati hidangan mee kemudian diberitahu yang ada daging manusia didalamnya. 

Bagaimana pula jika anda sepatutnya menikmati hidangan mee di kedai ‘vegetarian’ tetapi terjumpa ketulan daging didalamnya. Pasti anda pelik dan hairan bukan? Ini yang terjadi baru-baru ini dimana salah seorang pelanggan yang makan di kedai makan vegetarian melaporkan kepada pihak polis di Bangkok

Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati yang ketulan daging itu bukan daging lembu tetapi daging manusia.

Bukan itu sahaja, sewaktu pemeriksaan, pihak polis mendapati percikan darah di dinding di bahagian memasak kedai dan jua beberapa cebisan daging manusia berselerak di atas lantai. Gelinya!!!

Rupanya daging manusia itu milik seorang lelaki yang berusia 61 tahun yang telah dibuang dalam tangki di sekitar kedai makan itu. Mayat yang dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dikenal pasti sebagai Prasit Inpathom. 

Menurut laporan, Prasit merupakan pelanggan tetap dan kali terakhir dilihat sedang meminum arak di sini pada 21 Oktober lalu. Berlaku pergaduhan diantara Prasit dengan bos kedai makan itu. Prasit dipukul di bahagian kepala dengan objek yang tumpul dan polis mengesahkan ada beberapa kesan tikaman dibadannya. 

Untuk menghapuskan mayat tersebut, bos kedai makan itu mengambil tindakan untuk memasak dan menghidangkan daging itu didalam hidangan kepada pelanggannya. Tetapi terlupa yang kedainya menghidangkan ‘vegetarian’.

‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’

Sumber: DailyUK

SGMS Enal