Trending By: SGMS Enal May 8, 2018 @ 5:53pm

Gunung Berapi Di Pulau Hawaii Meletus

Kepulauan Hawaii yang menjadi destinasi pelancongan tropika popular dunia kini sedang dilanda musibah letusan gunung berapi sejak Khamis lalu.

Letusan Gunung Berapi Kilauea setakat ini sudahpun memusnahkan 35 buah rumah dan bangunan serta memaksa seramai 1500 penduduk berhampiran kawasan tersebut untuk berpindah.

Saintis kini meramalkan bahawa Kilauea berkemungkinan akan meletus pada kadar lebih besar dan melepaskan lava pada dari bumi namun hingga kini mereka masih belum dapat menetukan lokasi tepat dimana ia bakal berlaku.

Sejak Sabtu lalu, beratus-ratus gempa kecil turut dilaporkan berlaku sehari selepas gempa bumi berskala 6.9 melanda Haiwaii, terbesar dalam tempoh 40 tahun. Ahli geologi membuat andaian bahawa gempa bumi tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan pergerakkan lava. Mereka menjangkakan gempa susulan akan berlaku.

Pihak berkuasa Haiwaii dalam satu kenyataan menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan yang terjejas disebabkan pelepasan gas sulfurik berbahaya yang boleh meracuni sesiapa yang menghidunya.

Kilauea dilaporkan telah meletus secara berterusan sejak tahun 1983 dan tercatat sebagai salah satu gunung berapi paling aktif didunia.

Pada tahun 2014, lava yang melimpah telah memusnahkan rumah penduduk dan tanah perkuburan hingga ke kawasan Pahoa.

Hampir 30 tahun yang lalu, lava dari gunung berapi yang sama melimpah perlahan-lahan dalam tempoh satu tahun hingga menutupi seluruh perkampungan.

 

Sumber : Dailymail, CBS News

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 3 Dec 2022

Utamakan Kerjaya Berbanding Jodoh, Dah 6 Tahun Nabila Razali Tak Bercinta

Penyanyi Nabila Razali masih belum mempunyai kekasih hati kerana ingin mengutamakan kerjaya dalam bidang seni. Menurut gadis yang mesra disapa Bella, perjalanannya di dalam industri bukan suatu perkara yang mudah dan sayang untuk dilepaskan jika

Featured Thu, 11 Nov 2021

Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Perbicaraan di kes di tangguh ke tahun 2022

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Fri, 5 May 2023

Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Alamakkkk! Fake akaun mana tuuu 👀🤣 Puteri Sarah palingg lawooo 🔥

Featured Sun, 18 Apr 2021

Vaksin Kepada Petugas Media Dalam Fasa Kedua

Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dijadualkan bermula esok justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memohon supaya petugas media turut diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin

Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

| Live TV

error: Content is protected !!