Trending By: tex_admin April 16, 2019 @ 9:45am

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Guru adalah insan kedua selepas ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa.

Tugas ini bukanlah mudah dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Oleh itu, bagi menghargai guru yang tidak jemu mengajar, sambutan hari guru diadakan setiap tahun di sekolah.

Menariknya, di Sekolah Kebangsaan Chini (2) di Pahang, semua guru di sekolah berkenaan memakai pakaian pengantin bersesuaian dengan tema ‘Pengantin Baru’ sempena sambutan hari guru!

Mereka sepakat mengenakan pakaian pengantin yang berwarna-warni untuk kelihatan seperti raja sehari.

Hasilnya, gambar sambutan hari guru tersebut yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi sekolah menjadi tular dan menerima kongsian sebanyak lebih 6000 kali.

Warga pendidik tersebut juga kelihatan menawan dengan pakaian yang dikhaskan untuk pengantin.

Guru lelaki kelihatan kacak dengan berpakaian tradisional dan mengenakan tanjak serta keris manakala guru wanita memakai gaun pengantin dan mahkota untuk melengkapkan penampilan.

Lihat sahaja gambar guru ini melaram!

Facebook SK Chini 2

Facebook SK Chini 2

Facebook SK Chni 2

Facebook Sk Chini 2

Facebook Sk Chini 2

Apa pendapat anda?

Sumber: Facebook 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 25 Jan 2020
Trending Wed, 17 Oct 2018

Macam Tak Percaya, Siaran Youtube Down!

Youtube server down? Macam tak percaya je

Featured Thu, 17 Aug 2023
Trending Sat, 26 Dec 2020
Kisah Viral Wed, 17 Jun 2020
Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose