Ekoran guru dan murid sekolah dilaporkan positif Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penutupan sekolah di Kulim, Kedah yang dikaitkan dengan kluster Tawar.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi di sekolah berkenaan.
” Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini
” Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan” Katanya.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan KKM pada Selasa, terdapat empat kes baharu di Kulim, Kedah yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti Covid-19 dan kes 9,163 adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113).
Kluster Tawar yang kini telah memasuki generasi ketiga sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.
Dan seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 iaitu 40 kes dikesan di Kedah manakala tujuh kes lagi di Pulau Pinang.
Sumber : Facebook KKM, Harian Metro