Walaupun pelbagai kelonggaran telahpun diberikan kepada hampir seluruh penduduk dunia, namun siapa sangka kes jangkitan akibat penularan wabak ini sudah mencecah 18 juta kes sejak ianya direkodkan awal Mac lalu.
Terbaharu, angka jangkitan diseluruh dunia kini merekodkan 17.95 juta kes.
3,000 kes dalam tempoh 24 jam
Manakala, menerusi data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan hampir 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Dan, Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.6 juta kes positif.
Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.7 juta kes dan India 1.7 juta kes.

Bagaimanapun, negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 di bawah 100,000 kes.