Trending By: Yanie Baharom September 20, 2018 @ 1:10pm

Hantu Bertudung Litup Munafik 2 Bukan Perempuan Tetapi Lelaki Kacak!

Anda sudah menonton filem Munafik 2? Jika sudah, anda antara ribuan penonton yang terperdaya dengan hantu bertudung litup di dalam filem itu sekiranya anda menyangkakan dia adalah seorang perempuan.

Terdapat banyak hantu sebenarnya dalam filem itu tetapi hantu yang dimaksudkan ini adalah main hantu yang telah mengusik emosi selain berjaya membuatkan anda goosebumps melihat reaksi wajah mereka yang menyeramkan!

Foto: YouTube

Selain babak Weni Panca, pelakon yang diterbangkan khas dari Indonesia menjadi iblis, ada juga individu lain yang menjadi tulang belakang untuk karakter terbabit.

Anda pasti tidak berasa seram lagi apabila melihat wajah original Ahmad Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali. Bahkan mulai crush dengannya kerana pemain watak hantu ala-ala Valak (The Conjuring) itu seorang yang sangat kacak!

“Ramai yang ingat hantu dalam Munafik 2 adalah perempuan. Salah… hantu tu adalah seorang lelaki yang handsome,” tulisnya berseloroh di Twitter.

Foto: Twitter Shahidan

Difahamkan, sejak dari filem Munafik 1 lagi, khidmat Shahidan digunakan oleh produksi sama.

Shahidan menjalani beberapa proses teknik solekan khas setiap kali sebelum penggambaran bagi mendapatkan karakter yang diinginkan. Malah, jejaka itu turut berkongsi langkah demi langkah solekan khas yang dilakukan terhadapnya.

Shahidan merupakan pelakon tambahan yang menjayakan karakter-karakter hantu dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.

Foto: Twitter Shahidan

Kalangan peminat ada juga yang terkejut apabila hantu dilihat di dalam filem itu rupanya seorang lelaki.

Malah Instagram (IG) miliknya pula mula diikuti para peminat terutama kalangan wanita dan turut memuji dirinya sebagai seorang hantu yang kacak.

Ada juga yang mengusiknya persis ‘Bruno Mars Malaysia’.

Selain berlakon, dia juga merupakan juruhebah sambilan di radio Era.

Sumber: Astro Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jan 2018

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich dimana…

Trending Thu, 24 Dec 2020
Trending Thu, 17 Dec 2020
Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Tue, 16 Mar 2021

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Berita gembira buat semua sempena ramadan ini! Alhamdulillah.

Trending Fri, 13 Jul 2018

Murderous Babysitter Pleads Not Guilty to Charges

Is she saying she is innocent after being caught red-handed like that?!

Trending Tue, 14 Apr 2020
Featured Wed, 8 Sep 2021

PPV Walk In Di Lembah Klang Diberhentikan Mulai 15 September

Susulan jumlah penerima vaksin yang semakin meningkat di Lembah Klang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk- in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas […]

Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

| Live TV