Trending By: Salma Syahbuddin January 22, 2021 @ 3:59pm

Hanya 15 Pasangan Pengantin Sahaja Boleh Dinikahkan Dalam Tempoh 1 Hari Di…

Hanya 15 pasangan pengantin sahaja boleh dinikahkan  dalam masa sehari di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, perkara itu diputuskan melalui arahan tatacara pelaksanaan Majlis Akad Nikah Norma Baharu di Perak, sepanjang tempoh PKP versi 4.0 yang dikeluarkan pihaknya hari ini bagi menggantikan versi 3.0.

Menerusi versi terkini tatacara itu, bilangan individu yang dibenarkan menyertai majlis tersebut adalah dihadkan kepada 10 individu sahaja berbanding sebelum ini iaitu mengikut keluasan tempat adn atas budi bicara.

Antara individu yang dibenarkan hanyalah,  jurunikah, dua orang saksi, pengantin lelaki dan perempuan, wali pengantin perempuan, ibu dan bapa pengantin lelaki, ibu pengantin perempuan serta seorang jurugambar.

Manakala, syarat lain adalah sama seperti sebelum ini. Termasuklah, tempoh pelaksanaan majlis dikehendaki TIDAK melebihi 30 minit, selain hanya dilaksanakan di premis PAID dan tidak di lokasi lain termasuk masjid surau dan dewan.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PTAID) atau wakilnya yang diberi tanggungjawab mengawal selia majlis akad nikah berkenaan dikehendaki menyediakan satu bilik khas bagi menjalankan majlis terbabit.

Sumber : BH online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Mon, 22 Feb 2021
#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Mon, 13 Dec 2021

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah Di Festival Filem Malaysia 31 Menerusi Sangkar, Ejen Ali The Movie & Wira

Primeworks Studios mengungguli kemenangan dalam dua genre aksi dan animasi dengan meraih lapan anugerah menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang bertempat di Dewan Plenari, […]

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

error: Content is protected !!