Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk menetapkan kembali SOP Hari Raya Aidiladha.
Tidak lebih dari 20 orang
Haiwan yang menjadi korban tidak lebih daripada 10 ekor dengan had yang tertakluk kepada lokasi.
Bagi jumlah kehadiran untuk orang ramai yang ingin melakukan proses penyembelihan daging adalah seramai 20 orang.
Jika kes terus meningkat, Menteri Kanan berkata PKP mungkin akan kembali dilaksanakan. Justeru, sama-sama kita patuhi SOP dan amalkan jarak sosial.