Trending By: SGMS Enal December 14, 2018 @ 3:24pm

Hanya Kerana Makan Semangkuk Kari Ayam

Tiada siapa yang menduga, dengan hanya menikmati semangkuk gulai kari ayam, lelaki dari United Kingdom ini bakal melalui detik hitam dalam hidupnya apabila disahkan mengalami kelumpuhan dan koma.

David Braham, 40, pada hari kejadian sedang menikmati kari ayam yang dibeli daripada sebuah kafe sambil menyaksikan anaknya bermain rugby sebelum gulai kari tersebut mencetuskan satu sindrom jarang-jarang berlaku, Sindrom Guillian-Barré.

Sindrom Guillian-Barré adalah situasi dimana antibodi badan dicetuskan dan menyerang sel-sel sihat dan sistem saraf penting badan.

Akibatnya, David mengalami kelumpuhan daripada muka hinggalah ke bahagian bawah badan dan terpaksa bergantung kepada ventilator selama empat bulan disebabkan ketidakupayaannya untuk bernafas sendiri.

Pada awalnya, David beranggapan bahawa rasa tidak sedap badan yang dialaminya ketika itu mungkin berpunca daripada makanan yang dibeli daripada kafe tepi dan normal. Namun, keadaannya bertambah teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Princess Wale dan ditahan selama empat hari.

Diberi antibiotik, David kemudian dibenarkan pulang ke rumah tetapi keadaan semakin meruncing apabila keesokkan harinya tubuhnya mengalami kelumpuhan sepenuh dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikejarkan ke hospital semula, barulah doktor dapat mengesahkan bahawa David mungkin mengalami keracunan makanan campylobacter yang mencetuskan sindrom tersebut.

David kemudian diletakkan dalam keadaan koma selama empat minggu dan tepaksa bergantung hidup dengan ubat ventilator selama empat bulan.

Kini, setelah keadaan kembali normal, David dapat mengimbas kembali keadaan yang menimpanya itu.

”Saya merasakan semuanya baik-baik sahaja sehinggalah saya menikmati kari ayam. Hanya makanan biasa dan saya yakin itu adalah puncanya,” kata David.

”Malamnya saya merasa tidak sedap badan. Keadaan itu berlarutan hampir seminggu sehinggalah satu ketika, badan saya sudah tidak boleh digerakkan.

”Saya tidak tahu sama ada saya berpeluang untuk melihat anak saya atau berjalan kembali,” katanya.

Lapan bulan selepas kari ayam tersebut hampir meragut nyawanya, David hampir pulih dan mampu berjalan semula.

”Saya perlu belajar untuk menggosok gigi dan mencucikan diri sendiri semula. Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk kembali boleh menggerakkan kaki saya. 

”Rasa seperti bayi yang baru dilahirkan. Otak saya tahu untuk melakukannya tetapi anggota badan saya tidak memberi respon,”.

Sumber : The Sun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Pengsan Ketika Jawab Exam, Zaki Yamani Dikejarkan Ke Hospital

Allahu.. Semoga segera diberikan kesembuhan

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Thu, 4 Nov 2021

Suami Tidak Tahu Isteri Tidur Dengan Bosnya Agar Dinaikkan Pangkat

Seorang wanita mendedahkan rahsia bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat kerana wanita itu mempunyai hubungat sulit dengan seorang ketua di syarikat tempat lelaki itu bekerja. Menurut laporan The Sun, wanita itu membuat perkongsian di akaun Twitter,

Trending Fri, 17 Sep 2021

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April. Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya. “Kali keenam.

Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai

| Live TV

error: Content is protected !!