Trending By: Salma Syahbuddin November 9, 2020 @ 11:48am

Hanya Penduduk Zon Hijau Di Melaka Dibenarkan Nikah Di Masjid

Hanya masjid di zon hijau sahaja dibenarkan untuk mengadakan majlis akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada hari ini.

Namun, kebenaran itu diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka. Menurut Pengarahnya, Datuk Md Azhan Samat, pasangan yang mahu disatukan, namun berada di zon kuning, jingga dan merah perlu melangsungkan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.

ARTIKEL BERKAITAN : Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

Nikah dengan syarat…

Manakala, setiap majlis nikah hanya dibenarkan berlangsung selama 20 minit sahaja. Termasuklah khutbah nikah dan lafaz taklik.

Dan hanya dihadiri oleh 8 orang sahaja iaitu wali, pendaftar atau jurunikah, pengantin lelaki atau perempuan, dua saksi, seorang wakil keluarga pengantin lelaki dan seorang wakil keluarga pengantin perempuan.

Bagi majlis yang diadakan di masjid, pengurusan masjid perlu memastikan akad nikah berlangsung dalam ruang yang luas dan tetamu haruslah mengikut SOP yang ditetapkan.

Ini kerana, kebenaran penggunaan masjid di zon hijau sahaja adalah untuk memelihara kesihatan jemaah dan mengelak penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN : Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan ini, jangan lupa saksikan Buletin Utama, pada jam 8 malam hanya di TV3.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Selebriti Sun, 12 Jun 2022

“Saya Dah Sediakan Rumah Untuk Semua Anak-Anak” – Jamal Abdillah Tak Pilih Kasih, Tak Mahu Gaduh Dengan Bekas Isteri

Jamal Abdillah tidak pilih kasih, sediakan sebuah rumah untuk kesemua anak-anaknya.

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Hiburan Sun, 29 May 2022
Trending Wed, 10 Jun 2020