Trending By: Yanie Baharom August 16, 2018 @ 9:00am

Harap Justin Dan Hailey Tak Jadi Kahwin, Selena Percaya Dia Adalah Jodoh Justin

Pasti ramai yang sudah mendengar single terbaru Selena Gomez, Back To You.

Ramai yang percaya lagu itu didedikasikan buat bekas teman lelakinya, Justin Bieber, sewaktu mereka kembali berpacaran sebelum break off untuk sekian kalinya, sebelum Justin membuat pengumuman bertunang dengan supermodel, Hailey Baldwin, lebih sebulan yang lalu.

Antara bahagian menarik lirik lagu nukilan Selena itu bersama rakan penulis Amy Allen, Micah Rayan Premnath, Diederik Jan Van Elsas dan Parrish Alan Warrington adalah korusnya iaitu;

I wanna hold you when I’m not supposed to
When I’m lying close to someone else
You’re stuck in my head and I can’t get you out of it
If I could do it all again
I know I’d go back to you
I know I’d go back to you
I know I’d go back to you

Kaitan lirik berkenaan dengan kondisi emosi Selena Gomez sekarang, adalah dia sentiasa percaya bahawa dia satu-satunya wanita yang akan berkahwin dengan Justin Bieber.

Sumber terdekat Selena memberitahu, Selena tidak terfikir Justin akan berkahwin dengan Hailey Baldwin.

Foto: Elle

Selena masih lagi tidak boleh menerima kenyataan mengenai pertunangan Justin dan Hailey dan dia juga berharap pasangan itu tidak jadi berkahwin.

“Dalam diam, Selena berharap dan mendoakan agar Justin tidak akan meneruskan keputusan untuk berkahwin dengan Hailey.

“Masa yang membahagiakan Selena adalah ketika bersama Justin dan Selena sentiasa ingat yang dia akan berkahwin dengan Justin, bukan Hailey,” kata sumber.

Keadaan emosi Selena juga berubah-ubah, kadang dia kelihatan bersemangat meneruskan hidup dan ‘moved on’ dari kehidupan Justin, adakalanya pula Selena kelihatan murung apabila membaca kisah Justin dan Hailey di dada akhbar.

Ada beberapa perbuatannya menunjukkan dia tertekan misalnya mengasingkan diri secara tiba-tiba dari teman-temannya.

Sebelum ini, Selena dilaporkan terkejut dengan berita pertunangan Justin  dengan Hailey pada 7 Julai lalu.

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Featured Wed, 21 Feb 2024
Featured Tue, 23 Nov 2021

Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu. Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol. […]

Trending Mon, 11 Jan 2021
Featured Tue, 20 Feb 2024

Tular Video Berbusana Pengantin, Ziana Zain Dah Nikah? Ini Penjelasan Pengurus

Harap tiada lagi spekulasi yang timbul berkenaan perkahwinan Ziana Zain okay!🤧