Featured By: Ad Ops February 19, 2019 @ 11:00am

Harga minuman di gerai penjaja dijangka meningkat jika penyedut minuman kertas digunakan

Dalam usaha untuk memulihara alam sekitar, kita disarankan untuk berhenti menggunakan penyedut minuman plastik.

Sebaliknya, penyedut minuman besi dan kertas yang disaluti lilin telah diperkenalkan untuk pengguna. Penyedut diperbuat daripada besi boleh dicuci dan digunakan semula, manakala pemyedut kertas boleh dikitar semula.

Ternyata ini adalah satu inisiatif yang baik, tetapi nampaknya kita mungkin perlu bayar lebih untuk minuman jika dihidang dengan penyedut kertas!

Foto: Wasserstrom

Menurut pemborong barangan plastik Michael Loh, kedai kopi dan gerai penjaja mungkin belum lagi bersedia untuk menyediakan penyedut minuman kertas tanpa sebarang caj tambahan.

Ini adalah kerana kos sebatang penyedut minuman kertas (lebih kurang 10 ke 15 sen setiap satu) ialah lebih tinggi daripada penyedut minuman biasa (3 sen setiap satu). Banyak bezanya!

Loh yang membekalkan penyedut minuman kertas dari China mendedahkan bahawa hanya kafe dan hotel yang menghidangkan “minuman premium” akan membeli penyedut minuman kertas.

Contohnya, kini francais kedai kopi antarabangsa Coffee Bean sudah pun memberikan penyedut minuman kertas.

Foto: Reddit

Anda mungkin terfikir, kenapa tidak guna sahaja penyedut minuman besi?

Michael berkata, penyedut diperbuat daripada besi tidak bersih untuk digunakan di kedai makan kerana ia mungkin sukar untuk dicuci sepenuhnya. Betul juga!

Michael, pemilik syarikat Pusat Plastik Guan Seng Heng Sdn Bhd, sudah pun membekalkan penyedut minuman kepada peniaga sejak 1993.

Menurut akhbar The Star, di kedainya, terdapat berjuta-juta penyedut minuman plastik yang ditimbunkan dari lantai ke siling. Jika dibandingkan, hanya ada 10,000 batang penyedut minuman kertas di situ.

“Bukan senang untuk menghabiskan barang diperbuat daripada plastik yang digunakan hanya sekali. Pembungkus dan sudu garfu plastik memang penting bagi industri F&B,” kata Michael.

Foto: HB Fuller

Sementara itu, Teo Tien Su yang mengendalikan francais kafe Jamaica Blue Fine Coffees di Malaysia, berkata ketika ini agak sukar untuk mencari pembekal penyedut minuman boleh urai yang bersesuaian.

“Kami perlu mempertimbangkan kos penyedut minuman kertas dan sama ada pembekal ada atau tidak untuk membekalkan produk itu.

“Pada masa yang sama, kita patut cuba untuk tidak menurunkan beban kos berkenaan kepada pelanggan,” katanya.

Pada masa ini, Jamaica Blue masih menyediakan penyedut minuman plastic, tetapi pihak Tien Su masih mencari alternatif.

Mereka bercadang untuk berhenti menggunakan penyedut plastik sebaik sahaja mereka menjumpai pembekal yang menawarkan harga berpatutan.

Foto: Marriott Traveler – Marriott Hotels

Apa pendapat anda tentang potensi kenaikan harga minuman ekoran penggunakan penyedut minuman kertas yang mahal ini?

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023

Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Min setuju dengan Riena. Buat penyondolss di luar sana, dengar ni pesanan makan dalam Lailerrrr 🤪🤪

Featured Thu, 9 Dec 2021
Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Trending Sun, 7 Jun 2020
Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Pemain World Cup 2018 Yang Paling Pandai Bergaya

Dah bergaji tinggi, mestilah pandai pilih jenama fesyen terkenal!

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

| Live TV

error: Content is protected !!