Trending By: Aisyah Badrul June 3, 2020 @ 12:11pm

Harga Minyak Dunia Bakal Meningkat Khamis Ini?

Harga minyak telah meningkat pada Selasa lalu apabila peserta pasaran bertaruh untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama.

Perkara ini telah dilaporkan menerusi agensi berita Xinhua.

Penghantaran West Texas Intermediate untuk bulan Julai telah bertambah sebanyak US$1.37 kepada US$36.81 setong di New York Mercantile Exchange. Menurut Dow Jones Market Data, jumlah ini merupakan penutup tertinggi untuk kontrak bulan depan sejak 6 Mac lalu.

Penanda aras global minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos juga turut bertambah sebanyak US$1.25 kepada US$39.57 setong di London ICE Futures Exchange.

Harga pasaran ini didorong menerusi laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum termasuk Moscow (OPEC +). OPEC+ juga sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran ketika ini sehingga menjelang akhir Jun

Pekara ini akan diputuskan di dalam mesyuarat yang dijangka bakal diadakan pada Khamis ini.

OPEC + turut bersetuju pada April lalu untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari pada bulan Mei dan Jun atas faktor pandemik COVID-19. Pemotongan harga minyak ini bermakna pengeluaran telah berkurang kepada 7.7 juta tong sehari bermula Julai hingga akhir 2020.

Suumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Apr 2023

Tekak Tidak Selesa? Jom Rawat Batuk Dan Sakit Tekak Dengan WOODS’!

Pulang ke kampung halaman di musim perayaan ini sememangnya adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Setelah sekian lama tidak bersua, pasti banyak perancangan aktiviti dan cerita yang ingin dikongsikan bersama yang tersayang. Namun, cuaca yang tidak […]

Trending Mon, 16 Apr 2018

Chinese Woman Becomes Beggar Because She’s “Too Pretty to Work”

She proudly stated that she is healthy but does not want to work anyways.

Trending Tue, 18 Aug 2020

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang terjejas

Trending Fri, 17 May 2019

Suspek Warga Nigeria Direman, Tapi Apa Motif Sebenar Pembunuhan Siti Kharina?

Siti Kharina ditemui mati dalam keadaan tragik dan tidak berpakaian bersama kesan calar di leher, kepala dan dada mangsa.

Featured Tue, 6 Sep 2022

Tasha Shilla Selamat Bersalin Bayi Kedua, Pilih Nama Nyla Kaadira

Wah tahniah Tasha dan suami! Dah sepasang dah 😍