Trending By: SGMS Faida June 21, 2018 @ 11:25am

Harga RON 95, Diesel Kekal

Berita baik untuk pengguna RON95 serta diesel, kerajaan mengumumkan harga bagi dua minyak ini kekal, masing-masing pada  RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

“Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung  kepada harga minyak tetapi saya  tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu.

“Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun,” katanya, sambil menambah bahawa walaupun harga mungkin akan meningkat selepas ini, kerajaan berusaha untuk ‘tidak menaikkan harga’.

Mengenai RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, menteri itu berkata harga akan berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

“RON97  tidak menjadi masalah, kerana ia digunakan kenderaan mewah,” katanya. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Wed, 16 Oct 2019

Haze to Hit Back Malaysia; Effect of Wild Forest Fire in Palembang

Malaysians advised to wary of the upcoming’s weather. Stay protected and reduce outdoor activities.

Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

Events Fri, 19 May 2023
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Isu Mosh-Pit Ketika Konsert, Masdo Berhasrat Nak ‘Educate’ Penonton

Boleh nak mosh tapi kena ikut kesesuaian lagu lah kan?