Trending By: Salma Syahbuddin October 27, 2020 @ 3:46pm

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan harga runcit baharu bagi pelitup muka jenis tiga lapisan adalah 70 sen bermula Ahad ini.

Namun bagi harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula akan diturunkan kepada 65 sen sekeping daripada 95 sen.

“Harga baru ini akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan bagi harga siling runcit bagi pelitup muka satu lapisan pula ditetapkan tujuh sen sekeping, pelitup muka dua lapisan 20 sen sekeping manakala pelitup muka N95 pada RM6 sekeping.” Jelasnya.

Denda sehingga RM500,000

Beliau juga mengingatkan, peniaga yang gagal mematuhi perintah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dikenakan penalti sekiranya menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

Sumber : Google

Manakala, individu yang didapati bersalah boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 ATAU penjara tidak lebih tiga tahun atau ATAU kedua-duanya sekali ATAU dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi pesalah syarikat pula, denda sehingga RM500,000 ATAU dikompaun sehingga RM250,000.

Kesalahan tidak meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal juga boleh dikenakan tindakan sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000 bagi pesalah individu. Dan, pesalah syarikat pula akan didenda sebanyak RM100,000 ATAU dikompaun sehingga RM50,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Trending Sat, 18 Dec 2021

Banjir Melanda Pusat Dagangan Dunia KL, Anugerah Drama Sangat 2021 Ditangguhkan

Anugerah Drama Sangat 2021 yang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan dan pemenang bagi lima kategori lain bakal diumumkan esok. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), tempat […]