Trending By: SGMS Faida December 6, 2018 @ 1:00am

Harimau Malaya Mara ke FINAL Piala AFF

Pasukan Harimau Malaya menewaskan Thailand dengan keputusan seri 2-2 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF sebentar tadi untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Gol penyamaan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71 memastikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menebus kekecewaan di pentas akhir 2014, apabila mereka disingkirkan menerusi agregat 4-3.

Namun Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Adisak kerana sepakan penalti pada masa kecederaan di babak kedua melambung tinggi, sekali gus menyaksikan kedudukan kekal sehingga permainan tamat.

Ini kali keempat Malaysia mara ke final selepas muncul juara 2010 dan naib juara 1996 dan 2014.

Selepas seri 0-0 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, Sabtu lalu, hanya kemenangan bakal meloloskan Gajah Perang ke pentas akhir, lantas jurulatih Milovan Rajevac melakukan dua pertukaran apabila memasukkan Mongkol Thosakrai dan Philip Roller untuk menguatkan pasukan.

Thailand yang kebal di laman sendiri apabila tidak pernah kalah kepada Harimau Malaya sejak 2004 membuat percubaan pada minit ke-17, namun penjaring terbanyak kejohanan Adisak gagal menolak masuk bola di depan gawang.

Lawan Harimau Malaya di akhir pada aksi timbal balik dijadualkan pada 11 dan 15 Disember ini – bakal ditentukan sama ada Vietnam atau Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir, esok. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Trending Thu, 2 Apr 2020

Covid-19 : 208 Kes Positif Terbaharu Dan 5 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Semoga lebih banyak kes pesakit yang sembuh dicatatkan. #StayAtHome

Featured Mon, 22 Aug 2022
Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Featured Mon, 28 Aug 2023